Buletin

GWM CAPAI PRODUKSI KE-300,000 MENERUSI TANK 300

GWM baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai produksi ke-300,000 bagi GWM Tank 300, menetapkan pencapaian baharu bagi jenama berkenaan.

Pada tahun lalu, GWM Tank 300 dilaporkan bakal memasuki pasaran Malaysia bersama sebuah lagi model, Tank 500.

Dijangka akan dijual pada harga sekitar RM 250,000, ia pastinya salah satu daripada kereta baharu yang paling dinanti-nantikan tahun ini.

Pencapaian luar biasa bagi jenama itu sudah tentu membuktikan bahawa SUV kini menjadi kegemaran serta pilihan orang ramai secara global.

GWM Tank 300 tampil dengan lampu utama berbentuk bulat, gril yang besar dan dari luaran, ia memberikan penggayaan agresif namun tidak berlebihan.

Di bahagian dalam, ia dilengkapi dual-screen bersaiz 12.3-inci, sunroof, sistem audio premium, sementara tempat duduk pula dibalut kulit Nappa, direka agar lebih ergonomik serta mempunyai fungsi pengudaraan dan mengurut.

Ciri keselamatan turut dilengkapi dengan ciri moden seperti Adaptive cruise control (ACC), Lane departure warning system (LDW), Lane keeping assist (LKA), Secondary collision mitigation (SCM), serta Traffic jam assist system (TJA).

Dari segi kuasa, ia mempunyai dua konfigurasi kuasa iaitu 2.0L Turbo dengan transmisi automatik 8AT, menghamburkan kuasa 217hp dan tork pada 380Nm.

Sementara, nadi 2.0L Turbo bersama sistem hibrid dengan transmisi automatik 9-kelajuan HAT, menghasilkan 301hp dan tork 640Nm. – Automachi

Google ads
"
"
Back to top button