Buletin

TOYOTA HILUX “Z BLACK RALLY EDITION”. MAAF, UNTUK JEPUN SAHAJA

Siapa sangka, sebuah trak pikap ringkas yang diperkenalkan pertama kali pada 1968 oleh pembuat kereta jauh nun di benua Asia – Toyota Hilux, kini bertahan pengeluarannya selama lapan generasi untuk unit yang entah ke berapa juta pada hari ini. 

Dan walaupun ia sebuah produk global Toyota, pikap ini tidak dijual pun di Jepun sejak 2004. Hanya pada tahun lalu, Toyota Jepun membuat keputusan memperkenalkannya semula di pasaran domestik Jepun.

Setahun selepas “dilahirkan” semula di Jepun, Toyota memperkenalkan edisi khas “Z BLACK RALLY EDITION”. Seperti biasa, bila lahir di Jepun, ia akan mendapat keistimewaan dan ini ialah varian yang terbaru.

Apa yang membezakannya dengan versi biasa ialah, kemasan krom gelap dan juga kelabu pada bahagian kosmetik. Antaranya terdiri daripada;

  • Grill hadapan
    (rekaan eksklusif  – hitam )
  • Bampar hadapan
    (rekaan khas – hitam dengan skid plate)
  • Tayar bersaiz 265 / 60R18 tire (dengan tulisan putih yang menggunakan pelekat getah)
  • Rim aloi 18 × 7.5 – dengan center cap
  • over fender (rekaan eksklusif  – hitam)
  • Cermin sisi bolehlipat kawalan elektrik dengan lampu membelok dan kemasan hitam metalik
  • tailgate handle hitam
  • Bampar belakang – kelabu

BAHAGIAN DALAMAN

  • Stereng salutan elektrik dengan dekorasi hitam metalik
  • Meter optitron
  • Kluster tengah (hitam dengan plat dekorasi hitam metalik)
  • Tombol gear salutan kulit dengan dekorasi hitam metalik
  • Kotak glove atas dengan logo khas
  • Kemasan siling dan kesemua tiang hitam
  • Trim pintu dengan kemasan fabrik hitam.

Edisi Z Black Edition ini didatangkan dengan pilihan LIMA warna iaitu Super White II, Silver Metallic, Attitude Black Mica, Crimson Spark Red Metallic dan Nebula Blue Metallic.

Harga jualannya pula ialah 3,947,400 atau hampir RM 147,000.

Tak murah kan?

GALERI
Google ads
Back to top button