Buletin

NISSAN GT-R EDISI KHAS. MAAF, UNTUK JEPUN LAGI!

Nissan telah memperkenalkan edisi khas lagi untuk model GT-R. Kali ini ia dibuat dengan koloborasi bersama juara tenis Gran Slam Naomi Osaka yang menyertai Nissan sebagai duta produk pada musim luruh yang lalu.

Bagaimanapun, model ini hanya dikhususkan untuk pasaran Jepun sahaja dan hanya 50 unit dibuat dengan tiga kemasan warna berbeza.

Kini ia hadir dengan warna lagenda GT-R iaitu Midnight Opal dan selain itu ialah warna Brilliant White dan Meteor Flake Black Pearl.

Perubahan model ini lebih banyak tertumpu pada bahagian kosmetik. Spoiler belakangnya kini diperbuat dari gentian karbon dan dipasang dengan lampu brek LED.

Di bahagian bay enjin, dipasangkan lencana dengan nombor siri setiap model. Harganya akan diumumkan pada bulan hadapan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Nissan didakwa sedang membangunkan generasi GT-R Seterusnya yang akan menggandingkan teknologi elektrik seperti KERS. Ia dijangka akan berkuasa sekitar 600 kuasa kuda atau lebih.

GALERI

Google ads
Back to top button