Buletin

TOYOTA JENAMA YANG PALING POPULAR DICARI DI INTERNET 2020, 2021

Nak tahu jenama automotif mana yang paling kerap dicari menerusi internet?

Menurut data Google Trends yang dikumpulkan oleh Compare the Market, mereka mendapati jenama Toyota merupakan jenama yang paling popular di enjin carian Google untuk tiga tahun, iaitu pada tahun 2018, 2020 dan 2021.

Daripada 154 buah negara, Toyota kekal popular di 47 buah negara merangkumi 31 peratus daripada jumlah carian keseluruhan melibatkan segmen automotif.

Antara faktor yang membuatkan Toyota kekal popular adalah pelancaran model-model baharu seperti Land Cruiser dan Tundra, serta pengumuman projek GR Heritage Parts untuk kereta klasik AE86.

Dua jenama di bawah Toyota merupakan pesaing di dalam segmen kenderaan mewah, iaitu BMW dan Mercedes-Benz.

Malah, tiga jenama yang disebutkan ini kekal menduduki tangga teratas sejak kajian tersebut dijalankan bermula tahun 2018.

Sumber: Compare the Market

Google ads
Back to top button