Buletin

TOYOTA LAND SPEED CRUISER – SUV PALING LAJU DI DUNIA, 370km/j!

Sedia maklum bahawa SUV terkenal Toyota Land Cruiser sudah menerima pelbagai pengiktirafan di seluruh dunia dalam tempoh 60 tahun diproduksi. 

Kini, ia menambah satu lagi pencapaian apabila menjadi SUV paling laju di muka bumi. Rekod itu dicatat apabila ia berjaya mencapai kelajuan 370km/j. Jika bukan kerana trek sudah berada di penghujungnya, jentera tersebut didakwa boleh memecut lebih laju.

Dikenali sebagai Land Speed Cruiser, jentera tersebut pernah melakukan debut pada acara Specialty Equipment Market Association (SEMA) 2016. Pada asalnya, ia hanya sebuah Land Cruiser biasa sebelum dipasang dengan enjin 3UR-FE V8 bersesaran 5.7 liter.

Enjin itu kemudian dilengkapkan lagi dengan pengecas turbo sebesar bola tampar yang mampu menghasilkan boost 55psi. Untuk menangani kuasa boost yang begitu tinggi, pasukan dari Pusat Teknikal Sukan Bermotor Toyota (MTC) telah menaik taraf bahagian enjin dengan omboh lebih kukuh,  intake manifold dan banyak lagi.

Hasilnya, enjin 8 tersebut berupaya menjana kuasa lebih 2,000hp. Kuasa itu disalurkan ke roda menerusi kotak gear custom yang khas untuk perlumbaan.

Land Speed Cruiser itu dipandu oleh bekas pemandu Toyota NASCAR, Carl Edwards.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button