Motosikal

SUZUKI DR-Z50 UNTUK ANAK KECIL

Suzuki DR-Z50 model 2016 tampil lebih bersemangat. Motosikal ini didatangkan dengan warna  kuning bersama pelekat grafik untuk menyerlahkan imejnya.

Suzuki -DR-Z50-2016-mekanika  (2)

 

Selain kuning, DR-Z50 turut didatangkan dalam warna hitam dan merah.

Motorcross untuk kanak-kanak ini ditawarkan dengan enjin bersesaran 49cc, silinder tunggal.

Suzuki -DR-Z50-2016-mekanika  (1)

Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa 3.89hp @ 9,500 rpm dan tork setinggi 3.4Nm @ 7,000rpm. Kotak gear yang digunakan ialah 3-kelajuan.

Ia didakwa mampu menawarkan kualiti tunggangan yang lincah berikutan hantaran kuasa hasil tork yang cukup mengagumkan.

Suzuki -DR-Z50-2016-mekanika  (4)

Suzuki juga memudahkan operasi menghidupkan enjin dengan penghidup elektrik dan tendang.

DR-Z50 memiliki dimensi sepanjang 1,320mm, tinggi 790mm dengan tinggi pelana hanya 560mm.

Suzuki -DR-Z50-2016-mekanika  (3)

Keseluruhan reka bentuk motosikal DR-Z50 dibina untuk memberi ruang secukupnya apabila penunggang cilik menunggangnya.

Apa yang pasti,  model ini tidak akan berada dalam senarai model baharu 2016 di Malaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button