Buletin

TOYOTA PRIUS PRIME 2020 – LEBIH LUAS, 4.35l/100km, HARGA BERMULA RM114K SEUNIT

Toyota bakal memperkenalkan model hibrid terbaharunya, Toyota Prius Prime ke pasaran Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Antara naik taraf yang diterima ialah:

  • Tempat duduk kelima yang lebih luas.
  • Ciri ketersambungan Apple CarPlay®, SiriusXM® dan Amazon Alexa.
  • Dua port USB tambahan untuk penumpang belakang.
  • Kemasan dalaman berwarna hitam untuk rasa lebih premium.
  • Visor matahari lebih lebar.
  • Posisi butang pemanas tempat duduk dialih supaya lebih mudah dicapai.
  • Hadir dalam varian LE, XLE dan Limited. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Plus, Premium dan Advanced.

Menjadi model hibrid paling efisien keluaran Toyota setakat ini, Prius Prime masih menggunakan rangkaian kuasa yang sama iaitu enjin empat selinder, motor elektrik dan pek bateri lithium-ion berkapasiti 8.8kWh. Ia mampu menjana kuasa sehingga 121hp.

Prius Prima sangat cekap dengan catatan penggunaan bahan api sekitar 4.35l/100km untuk gabungan pemanduan di bandar dan lebuh raya. Ia juga mampu bergerak sejauh 40.2km dalam mode elektrik sepenuhnya.

Prius Prime ditawarkan pada harga bermula AS$27,600 (RM114,000) seunit dan akan dijual tidak lama lagi.

Google ads
Back to top button