BOSCH Mrec – Desktop
Buletin

LEXUS JUARA, ALFA ROMEO KE-2 DALAM KAJI SELIDIK KEPUASAN KERETA – DRIVER POWER UK ’19

SHARE

Pengeluar kenderaan Jepun telah mendominasi keputusan kaji selidik kepuasan terbesar dan paling komprehensif  untuk kereta baharu di United Kingdom dengan menduduki enam daripada sepuluh tempat teratas.

Keputusan kaji selidik Driver Power 2019 ini mengesahkan lagi keunggulan kereta jenama Jepun.

Model yang memenangi kereta terbaik ialah Toyota Prius manakala Lexus memenangi pengeluar terbaik.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Keputusan tersebut adalah hasil tinjauan terhadap ribuan pembaca Auto Express.

Pemilik memaklumkan kenderaan keluaran syarikat tersebut menawarkan ketahanan, kualiti binaan yang baik dan gaya menawan.

Lexus betul-betul membuat nama apabila sekali lagi memenangi kategori dalaman dan keselesaan, luaran dan ketahana selepas mengunggulinya pada tahun 2018 dan 2017.

Lexus memperolehi markah keseluruhan kepuasan sebanyak 92.06 peratus.

Alfa Romeo mengikuti rapat dengan jurang tipis iaitu 92.04 peratus untuk markah keseluruhan dan memenangi kategori enjin dan transmisi, pemanduan dan pengendalian.

Kia pula menduduki tempat ketiga apabila pemilik memberikan markah yang baik untuk kos servis, ketahanan, sistem infohibur dan ciri-ciri praktikaliti.

Kia memperolehi markah kepuasan keseluruhan sebanyak 91.54 peratus.

Jenama Jerman pula tidak menduduki tempat kesepuluh terbaik namun diwakili oleh jenama kumpulan VW iaitu Skoda daripada Republik Czech berada di kedudukan kelima.

Jenama nasional British iaitu Jaguar pula berada di tempat kesembilan.

Driver Power adalah kajian kepuasan kereta terbesar di UK dan dibuat melalui portfolio Dennis Automotive.

Dennis Automotive terdiri daripada penerbitan seperti Auto Express, Carbuyer, evo, DrivingElectric, Enzo, BuyaCar, Land Rover Monthly, Octane dan Vantage.

Majalah keluaran Dennis Automotive dibeli oleh hampir 150,000 orang setiap bulan.

Berikut ialah sepuluh jenama teratas di dalam kajian Driver Power 2019:

KedudukanJenamaMarkah kepuasan
1Lexus92.06%
2Alfa Romeo92.04%
3Kia91.54%
4Mazda91.51%
5Skoda91.36%
6Subaru91.09%
7Honda90.97%
8Suzuki90.75%
9Jaguar90.72%
10Toyota90.54%

Laporan penuh Driver Power 2019 boleh dibaca melalui pautan ini.

Tags
Google ads
Back to top button