Artikel Pilihan

TOYOTA RUSH / PERODUA ARUZ – APA NASIB KEDUANYA NANTI?

Ketika pengenalan Toyota Rush / Perodua Aruz ke dalam pasaran sekitar tahun 2019 yang lalu, ianya menerima sambutan yang cukup memberangsangkan bagi segmen kenderaan tujuh tempat duduk dengan harga patut. Malah saudaranya di Indonesia, Toyota Rush / Daihatsu Xenia yang diperkenalkan dua tahun sebelumnya turut menerima sambutan yang bukan kepalang.

Generasi kedua Toyota Rush ini sebetulnya telah diperkenalkan terlebih dahulu pada November 2017 di pasaran Indonesia bagi menggantikan model generasi pertama yang telah pun berusia melebihi 10 tahun lamanya dalam pasaran. Tapi sebelum itu, model Daihatsu Taruna terlebih dahulu menemui pasaran pada tahun 1999.

Ketika 2017, Toyota Rush dan Daihatsu Xenia telah diperkenalkan bagi memenuhi keperluan masyarakat Indonesia khususnya yang amat memerlukan kenderaan tujuh penumpang kian hangat direbut kemudiannya. Tidak beberapa lama kemudian, ianya dijelmakan sebagai Perodua Aruz dan masih lagi Toyota Rush di pasaran kita.

Sambutan yang diterima cukup menggalakkan kerana di kala itu, hampir tiada saingan MPV / SUV tujuh tempat duduk yang moden. Yang wujud ketika itu adalah Alza Vtectec Cip kami dan juga Proton Exora yang kian usang ditelan waktu. Maka berleluasalah Perodua Aruz dan juga Toyota Rush yang sedikit berkurangan di atas jalanraya atas faktor perbezaan harga yang agak ketara julatnya.

Selepas beberapa tahun, kedua model ini masih lagi berada dalam katalog jualan tetapi apa yang dilihat ketika di awal pengeluarannya, begitulah juga rupanya sehingga kini. Dalam erti kata lain, selepas memasuki pengeluaran empat tahun, masih belum ada lagi tanda – tanda model major facelift akan diperkenalkan. Baik Perodua mahu pun Toyota, masih lagi yang sama. Kecuali Perodua telah menambah pemijak sisi dan juga warna baharu Passion Red.

Senario yang sama juga buat model Toyota Rush / Daihatsu Xenia di Indonesia. Tiada sebarang model major facelift diperkenalkan. Kecuali Toyota yang sempat memperkenalkan varian GR Sport.

Dan di tempat kita, kehadiran model Perodua Alza baharu ternyata berjaya mencantas popupariti Aruz apatah lagi dengan faktor harga yang lebih mesra slip gaji. Manakala Toyota Veloz yang dibawa masuk menggantikan Toyota Avanza dilihat sedikit tenggelam apabila harus bersaing dengan model MPV dengan harga yang lebih kurang seperti Mitsubihsi Xpander atau pun Toyota Rush sendiri.

Di Indonesia ada cakap cakap industri mengatakan bahawa Rush / Xenia bakal ditamatkan riwayatnya tanpa berpengganti untuk generasi berikutnya. Cumanya ada yang berkata berkemungkinan ianya bakal digantikan dengan model baharu Toyota Raize Space dengan kapasiti tujuh tempat duduk.

Tapi bagaimana nasib untuk Toyota Rush / Perodua Aruz kita nanti?

Hmmmmmm.

BACA : TOYOTA RUSH 2018 – 105PS, PACUAN RODA BELAKANG, BERMULA RM93K

BACA : KISAH HIDUP – AKU ADALAH ARUZ PERDANA

Google ads

B K

"
"
Back to top button