Buletin

TOYOTA VIOS CHALLENGE TERIMA SAMBUTAN HANGAT – TENGKU DJAN TURUT BERLUMBA!

UMW Toyota Motor bersama rakan teknikal hanya menyediakan 30 buah Toyota Vios sahaja sempena Karnival Perlumbaan Toyota GAZOO yang bakal bermula pada Ogos ini di Pulau Pinang. Namun setelah ia dilancarkan, pihak UMW Toyota menerima banyak permintaan dari pelumba dan pasukan lumba untuk memiliki Toyota Vios tersebut dan sama-sama bersaing dalam perlumbaan litar jalanan itu.

Susulan sambutan yang diterima, UMW Toyota telah berbincang dengan TRD dan berita baik ialah tambahan 10 buah lagi Vios bakal dibina menjadikan keseluruhan penyertaan sebanyak 40 buah!

Itupun terpaksa dihadkan memandangkan terdapat kekangan seperti isu logistik dan keselamatan.

Acara yang julung kali diadakan ini bakal disertai oleh pelbagai nama besar dan bukan selebriti sahaja. Setakat ini, Putera Drift, Tengku Djan sudah mengesahkan penyertaan beliau. Turut bakal bersaing ialah seorang lagi bekas pelumba Proton R3 iaitu James Veerappan dan seorang lagi pelumba handalan dari Malaysia Speed Festival (MSF) iaitu Boy Wong.

Lebih mengujakan terdapat beberapa lagi nama besar dalam dunia perlumbaan tanah air dan ia bakal diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi.

Membuktikan kesungguhan penganjuran acara ini, UMW Toyota Motor turut mempunyai wakil yang bakal berlumba dalam Vios Challenge. Menariknya ia disertai oleh orang atasan iaitu En. Akio Takeyama yang merupakan Naib Presiden UMW Toyota Motor.

Toyota Vios Challenge adalah sebahagian dari Karnival Toyota GAZOO Racing dan ia bakal dianjurkan sebanyak empat pusingan menggunakan litar jalanan di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Kesemua kereta disediakan oleh UMW Toyota menggunakan spesifikasi sama mengikut format one make race series.

Lagi cerita menarik mengenai Toyota:

SAYANGNYA, RIWAYAT SEBUAH TOYOTA SUPRA A70 BERAKHIR SEBEGINI TRAGIS

TOYOTA KE30 ENJIN ROTARY?: INI MEMANG KETERLALUAN!

Google ads
Back to top button