
UMWT CATAT ANGKA JUALAN 10,275 UNIT PADA OGOS 2023, MENINGKAT 13 PERATUS
UMW Toyota Motor baru-baru ini mencatatkan rekod jualan sebanyak 10,275 unit (Toyota + Lexus) pada bulan Ogos 2023.
Untuk rekod, Toyota berhasil menjual 10,033 unit sementara Lexus mencatat angka jualan 242 unit, sekali gus menyaksikan jumlah jualan meningkat berbanding Julai 2023, 8,349 unit.
Dengan prestasi ini, jumlah keseluruhan jualan tahunan sehingga Ogos 2023 adalah sebanyak 67,283 unit, berbanding 61,639 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.
Dalam lapan bulan pertama 2023, angka jualan menunjukkan peningkatan 9.2 peratus manakala jualan bulan Ogos juga meningkat sebanyak 13 peratus.

Toyota turut mengukuhkan lagi penawaran portfolionya dengan melancarkan Toyota Corolla GR Sport dan Corolla IMP 2023.
Selain itu, rangkaian Hilux, Fortuner dan Innova turut menerima kemas kini pada bulan September dengan Hilux GR Sport menerima peningkatan kuasa hingga 221hp dan tork 550Nm, menjadikannya pikap paling berkuasa.
Tailgate Assist juga didatangkan sebagai ciri standard untuk varian Hilux GR Sport, Rogue dan 2.4V. Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli Hilux, Fortuner atau Innova kini akan mendapat tag RFID sebagai standard untuk semua varian.
- BACA: UMWT RANGKA STRATEGI NEUTRAL KARBON MENERUSI MODEL BEV, HEV DAN FCEV
- BACA: KENAPA UMWT SUSAH PAYAH BINA LITAR JALANAN UNTUK TOYOTA VIOS CHALLENGE?
- BACA: TOYOTA PEGANG TAKHTA PENGELUAR BUKAN NASIONAL NO.1 – CATAT JUALAN KESELURUHAN 101,035 UNIT TAHUN 2022
- BACA: TOYOTA CENTURY 2024 DIPERKENAL DI JEPUN, 3.5 V6 PHEV, RM793 RIBU!