Motosikal

TRACK DAY SULUNG HARLEY-DAVIDSON MALAYSIA BERLANGSUNG MERIAH DI SIC

Harley-Davidson Malaysia merekodkan pencapaian penting setelah berjaya menganjurkan H-D Track Day buat julung kalinya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 

Sebanyak 70 motosikal Harley-Davidson berjaya dihimpunkan bagi memberi pengalaman kepada para pemilik merasai peluang membawa jentera masing-masing di litar lumba MotoGP. 

Antara model yang mengambil bahagian termasuk CVO Street Glide, Road Glide, Street Glide serta Fat Boy. 

Menariknya, H-D Track Day ini juga berjaya mengumpulkan lima Harley Owners Groul (HOG) Chapter yang terdiri dari HOG Petaling Jaya, HOG Route 77 Kuala Lumpur, HOH Johor Bahru, HOG Penang dan HOG Kinabalu. 

Acara kali ini turut dimeriahkan dengan sokongan Monster Energy sebagai pembekal minuman tenaga dan Inside Scoop.

Menurut pihak Harley-Davidson Malaysia, sesi track day ini merupakan pemanas badan kepada Malaysia National HOG Rally yang akan berlangsung pada 23 Januari ini yang akan melibatkan 200 buah H-D berkonvoi ke Adena Beach Resort, Kuantan, Pahang. 

Google ads
Back to top button