
MODENAS SAHKAN PROJEK Z15 GT DENGAN KLAC AUTO, LANCAR 2027
Sebelum ini kami telah pun melaporkan bahawa MODENAS dalam perancangan untuk memperkenalkan Z15 GT dengan klac automatik sepertimana yang telah diberitahu ketika pelancaran motosikal berkenaan di Litar Antarabangsa Sepang, Oktober lalu,
Terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MODENAS, Roslan Roskan sekali lagi mengesahkan bahawa projek Z15 GT dengan klac auto sedang dalam proses pembangunan sepertimana dilaporkan rakan media Paultan.org.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru menyaksikan MODENAS memaklumkan bahawa model baharu itu akan diperkenalkan awal tahun 2027 dan bukannya lewat 2026 seperti yang didakwa sebelum ini.
Difahamkan, bahagian pembangunan dan penyelidikan (R&D) MODENAS masih belum menetapkan penggunaan kota gear sama ada jenis empat kelajuan atau lima kelajuan.
Menurut laporan, proses tersebut juga akan memakan masa apatah lagi memerlukan acuan baharu. Apa yang pasti, Z15 GT dengan klac auto ini pastinya akan menarik lebih ramai pembeli.







