
HARLEY-DAVIDSON DAN MOTOGP UMUM KEJUARAAN BAGGER GP
MotoGP dan Harley-Davidson dengan rasminya mengumumkan siri perlumbaan baharu yang akan menampilkan model bagger dari Harley-Davidson bermula musim 2026.
Perlumbaan tersebut akan berlangsung sebanyak 12 pusingan di enam pusingan MotoGP di sekitar Eropah dan Amerika Utara. Setiap pelumba akan bertarung menggunakan jentera Harley-Davidson Road Glide.

Untuk rekod, Road Glide tersebut dibangunkan sepenuhnya oleh Harley-Davidson Factory Racing dan menawarkan 200hp dan 245Nm dan mampu mencapai kelajuan melebihi 300km/j.Bagi memastikan perlumbaan berlangsung sengit, setiap jentera adalah sama dari segi spesifikasi dan prestasi.
Menurut MotoGP, kejuaraan tersebut akan membariskan antara enam hingga lapan pasukan, masing-masing menurunkan dua pelumba yang didukung sepenuhnya Harley-Davidson Factory Racing.
Kalendar rasmi Bagger GP akan diumumkan tidak lama lagi.









