Buletin

TRANSMISI AUTO TERLALU BERAT UNTUK CIVIC TYPE-R – TIMBALAN KETUA PROJEK CIVIC 

Sebelum ini pernah timbul berita bahawa Honda bercadang untuk menawarkan transmisi automatik/DCT utuk model berprestasi tinggi keluarannya, Civic Type-R. 

Namun begitu, Honda baru-baru ini mengesahkan ia hanya akan membangunkan Civic Type-R hanya dengan transmisi manual enam kelajuan. Sebabnya? Kotak gear automatik adalah terlalu berat, walaupun ia mungkin boleh meningkatkan lagi tarikan jentera itu kepada kelompok peminat yang lebih luas.

“Kami hanya akan menawarkan transmisi manual enam kelajuan. Rangkaian kuasa Type-R mampu mencapai kuasa sehingga 320PS dan tork 400Nm. Memandangkan ia menggunakan pacuan roda hadapan, maka rangkaian kuasa yang ringan diperlukan.

“Jika kami gunakan transmisi automatik atau klac berkembar untuk enjin berkuasa 400Nm, bahagian hadapan kereta akan jadi sangat berat,” kata Timbalan Ketua Projek Civic, Yuji Matsumochi.

Keseimbangan agihan berat itu penting bagi memastikan Type-R mampu menawarkan pengendalian terbaik.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hit hatch berprestasi tinggi dilihat telah beralih daripada pacuan roda belakang dengan transmisi manual kepada sistem pacuan semua roda dengan kotak gear berkembar. Sebagai contoh, Ford Focus RS dan Volkswagen Golf R.

BACA: AKIBAT PERMINTAAN TINGGI, PENGEDAR ‘MARK-UP’ HARGA CIVIC TYPE-R RM100K (NAMPAK, BUKAN RXZ SAHAJA MAHAL) 

GALERI 

Google ads
Back to top button