Buletin

TRIUMPH TIGER 900 GT ARAGON EDITION KINI DI MALAYSIA – 93.9HP, HARGA BERMULA RM81K

Triumph hari ini secara rasmi memperkenalkan Tiger 900 Aragon Edition untuk pasaran tempatan.

Menurut Triumph Malaysia, jentera ini menerima kemas kini dari segi prestasi serta penampilan lebih agresif berbanding model semasa.

Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition menerima liveri tiga tona iaitu Diablo Red, Matte Phantom Black serta Crystal White dan dikemaskan dengan grafik pelekat ‘Tiger’ dan Aragon Edition’.

Seperti yang anda jangkakan daripada Triumph, jentera ini dipadankan dengan teknologi baharu, termasuk ABS, kawalan cengkaman serta mempunyai enam mod tunggangan.

Perincan lain termasuklah skrin TFT 7-inci, pencahayaan LED, pemegang pendikit dengan fungsi pemanas, ruang simpanan telefon bimbit berserta port pengecasan.

Turut dimuatkan ialah bar rempuh pelindung tangki minyak, yang didatangkan sebagai standard termasuk diserlahkan lagi melalui rim aluminium 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang serta tangki berkapasiti 20 liter.

Selain itu, Varian GT juga dilengkapi fork hadapan Marzocchi 45mm dengan pelarasan RSU elektronik.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin tiga silinder DOHC, berupaya menghasilkan 93.9hp pada 8,750rpm dan tork 87Nm pada 7,250rpm.

Untuk rekod, nadi berkenaan dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan.

Untuk harga pula, pesaing kepada Ducati Multistrada V2 S ini boleh dimiliki pada harga bermula RM81,000.

GALERI:

Google ads
Back to top button