
TRIUMPH TIGER SPORT 660 BAHARU JANA 80HP, TIGA PILIHAN WARNA, HARGA BERMULA RM50K
Triumph Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Tiger Sport 660 2023 untuk pasaran tempatan dan boleh dimiliki pada harga bermula RM50,900 sementara promosi pakej aksesori diberi tanda harga RM56,800.
Tiger Sport 660 2023 boleh didapati dalam tiga gaya warna iaitu Snowdonia White/Jet Black, Jet Black/ Graphite dan Graphite/Sapphire Black.
Kelengkapan lain bagi jentera ini termasuklah mempunyai instrumen TFT, pencahayaan LED penuh, ABS, sistem ride-by-wire serta dipadankan bersama fork jenis USD 41mm Showa di hadapan dan monoshock Showa di belakang.

Tiger Sport 660 2023 menggunakan rim bersaiz 17-inci yang dibalut tayar Michelin Road 5 sementara tugas membrek pula diserahkan kepada brek Nissin dua omboh dengan cakera berkembar 310mm di depan.
Selain itu, ia memiliki dua mod tunggangan iaitu Road dan Rain yang berupaya mengubah respon pendikit serta tetapan kawalan cengkaman, sekali gus memberikan pengendalian lebih mantap.
Secara mekanikal, Tiger Sport 660 2023 dipacu oleh enjin tiga silinder 660cc, menghasilkan 80hp, tork 64Nm dan hadir bersama transmisi enam kelajuan.
GALERI:




- BACA: TRIUMPH TIGER SPORT 660 RASMI DILANCARKAN. 81PS, 2 MODE TUNGGANGAN, BERMULA RM49,900 SEUNIT
- BACA: TRIUMPH TIGER 1200 RASMI DILANCARKAN. 150PS, GT PRO DAN RALLY EXPLORER, BERMULA RM116K
- BACA: TRIUMPH MALAYSIA DEDAH TIGER 1200 GT PRO, GT EXPLORER. HARGA BERMULA RM115,900
- BACA: TRIUMPH SPEED TRIPLE RR MASUK PASARAN MALAYSIA. HARGA BERMULA RM119,900 SEUNIT









