Buletin

TRIUMPH PETALING JAYA RASMI DILANCARKAN, DEDAH JENTERA STREET TRIPLE 765

Jenama motosikal premium, Triumph, melalui Didi Group, hari ini melancarkan pusat penjualan baharu di Petaling Jaya.

Turut diumumkan ialah pelantikan Goh Brothers Motorcycles Sdn. Bhd sebagai pengedar rasmi motosikal Triumph di Malaysia.  Selain itu, bilik pameran baharu ini turut dilengkapi barisan jentera baharu.

Menurut pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo, “Triumph Motorcycles Petaling Jaya menjanjikan hab keseronokan dan ia menawarkan pengalaman pengembaraan kepada pelanggan Triumph.”

“Triumph Motorcycles Malaysia juga teruja untuk memperkenalkan jentera Street Triple 765. Model baharu ini adalah paling berkuasa pernah dihasilkan sekali gus memberi pengalaman tunggangan berbeza kepada penunggang,” Tambah beliau.

Untuk rekod, Street Triple 765 didatangkan dengan kemas kini penting termasuk keluaran edisi terhad, Street Triple 765 Moto2TM Edition, menerima spesifikasi tertinggi.

Dari segi kuasa, ia dipacu oleh oleh enjin 765cc, berupaya menjana 128hp pada 11,750rpm dan 80Nm tork pada 9,350rpm.

Di Malaysia, Triumph Street Triple 765RS 2023 boleh dimiliki pada harga bermula RM73,900 manakala Street Triple 765R diberi tanda harga RM59,900 tidak termasuk cukai jalan, insurans serta pendaftaran.

Untuk makluman, pemilik motosikal Triumph Malaysia yang tamat waranti dari Januari hingga April tahun ini akan dilanjutkan waranti dalam tempoh enam bulan.

Ini adalah untuk memenuhi keperluan tempoh peralihan daripada pengedar terdahulu.

GALERI:

Google ads
Back to top button