
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menzahirkan sokongannya bahawa beliau berpendirian sama dengan pemilik jenama tersebut. Beliau menyokong boikot jenama Harley Davidson, sekiranya syarikat motosikal lagenda Amerika itu memindahkan operasi pengeluarannya ke luar negara.
Polisi baru ekonomi Trump bukan sahaja menyusahkan syarikat jenama luar untuk berniaga di Amerika, malah, kini giliran jenama Amerika menerima serangan balas dari kesatuan ekonomi besar seperti EU.
BACA: EU BALAS “SEKATAN” EKONOMI TRUMP.
Pada bulan Jun lalu, Harley Davidson memberitahu mereka mungkin terpaksa memindahkan operasi mereka ke luar negara selepas Kesatuan Eropah menetapkan tarif baru ke atas produk yang diimport dari Amerika.
Ia adalah respon daripada tarif baru yang ditetapkan oleh Trump dengan meletakkan duti baru pada bahan import dari Eropah. Perkakasan utama seperti besi dikenakan tarif import sebanyak 25 peratus dan aluminium sebanyak 10 peratus.
Dua hari lepas, Trump memberitahu bahawa majoriti firma… termasuk “pesaing Harley” bersetuju dengan tarif baru tersebut (besi dan aluminium)
Dalam satu tweet kelmarin;
Many @harleydavidson owners plan to boycott the company if manufacturing moves overseas. Great! Most other companies are coming in our direction, including Harley competitors. A really bad move! U.S. will soon have a level playing field, or better.
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) August 12, 2018
Harley Davidson dalam satu kenyataan berasingan memberitahu “Meningkatkan pengeluaran di peringkat antarabangsa adalah penting bagi kami. Benua Eropah adalah pasaran yang penting bagi syarikat ini dan kami terpaksa membuat keputusan yang berdasarkan sentimen logik yang menentukan halatuju syarikat,”