Buletin

TUJUH LOKASI BARU KAMERA AES

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memasang tujuh lagi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tahun ini, sebagai tambahan kepada 14 kamera yang sedia ada.

Menurut JPJ, pemasangan kamera tersebut dibuat dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan maut, iaitu; KM 151.4 Lebuhraya PLUS-Pagoh, KM 146.8 Lebuhraya PLUS-Pagoh, KM 299.9 Lebuhraya PLUS-Kampar, KM 17 Gua Musang-Kuala Krai, KM 96.3 Lebuhraya PLUS-Kuala Muda, KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Untuk rekod, sebanyak 14 kamera AES telah dipasang di seluruh Semenanjung Malaysia sebelum ini. Antaranya; KM 376 Lebuhraya PLUS – Slim River (Arah Utara), KM 204.6 Lebuhraya PLUS – Taiping (Arah Utara), KM 301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang (Arah Utara), KM 6.6 Lebuhraya SKVE (Arah Kajang), KM 91 Jalan Ipoh – Butterworth (Arah Selatan), KM 85.5 Jalan Ipoh- Kuala Lumpur (Arah Selatan), KM 7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan (Arah Bagan Datoh), KM 7.7 Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah Selatan), Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (Arah Kajang), Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Arah Putrajaya), termasuk Persimpangan Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Persimpangan Jalan Sepadu, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Persimpangan Kampung Kerdah, KM 26 Jalan Ipoh – Kuala Kangsar dan Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan Pasir Putih, Ipoh.

BACA: JPJ – ITU PALSU, MANA ADA NAIK CUKAI JALAN

AES merupakan kaedah penguatkuasaan peraturan & undang-undang lalulintas berkamera, yang mampu beroperasi selama 24 jam. Ia akan merakam kesalahan utama seperti memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Di bawah peraturan baru, AES merupakan sebahagian daripada Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang berintegrasi dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA). Jika sabit kesalahan, lesen memandu seseorang boleh digantung sekiranya mengumpul mata demerit dalam jumlah tertentu.

-Pak Maun-

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button