TUNDA LORI TERBABAS DENGAN KAPCAI
Satu klip video yang memaparkan beberapa orang pengguna jalan raya cuba membantu mengalihkan sebuah lori yang terbabas tular di media sosial , lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik menerusi akaun TikTok bernama @joni64031072857576.
Dalam video yang dikongsikan itu, seorang lelaki berbaju biru dilihat cuba menarik sebuah lori terbabas dengan seutas tali diikat pada motosikal tang ditunggangnya.
Kemudian, dua lelaki lain dilihat menarik tali yang sama dalam usaha membantu menggerakkan lori tersebut.
Bagaimanapun, usaha yang dilakukan mereka jelas tidak membuahkan hasil.
Kejadian itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Cuba dulu, pasti gagal,’’ tulis seorang netizen.
“Perkara pertama yang penting adalah kena yakin,’’ tulis netizen lain. – Agensi