
POLIS KENA KECAM GUNA TRAK 8 TAN TUNDA SKUTER ELEKTRIK
Pasukan polis tidak henti-henti menerima kecaman di media sosial apabila menggunakan trak penunda yang besar semata-mata untuk menunda sebuah skuter elektrik.
Polis Mercia Barat menunjukkan gambar kenderaan dua roda yang diangkut lori penunda selepas dirampas di Hereford, Jumaat lalu menerima pelbagai persoalan daripada warganet.
Seorang pengguna Facebook yang keliru mempersoalkan tindakan polis terbabit mengapa tidak memasukkan dalam jentera polis sahaja berikutan skuter itu memiliki berat kurang daripada 45 kg.
David Stokes berkata: “Mengapa tidak masukkan sahaja di belakang kereta berbanding menghabiskan duit membayar kenderaan pemulihan yang mahal”
“Ia hanya menambah pencemaran dan kesesakan lalu lintas di kesibukan jalan-jalan Hereford,” katanya.
Antony Price pula menambah masukkan sahaja ke dalam ruang simpanan kereta peronda.
“Trak penunda tersebut kelihatan seperti pembaziran untuk sesuatu yang sangat kecil,” ujarnya.
Dalam pada itu, pihak polis berkata skuter berkenaan dirampas selepas pengguna itu didapati menunggang di jalan awam.
Melalui hantaran di Facebook, Hereford Polis berkata “Skuter elektrik dirampas hari ini di Hereford. Tolong pastikan anda mengetahui undang-undang.
“Kenderaan bermotor perlu mematuhi beberapa undang-undang Lalu Lintas.
“Biarpun, anda dikenakan tiket penalti, menunggang tanpa insurans boleh dikenakan saman sebanyak £300 (RM1744) dan enam mata ditolak pada lessen memandu,” tulisnya.- DailyStar