
TANDA PROTES, KELDAI TUNDA FORD ENDEAVOUR BAHARU PERGI KEDAI PENGEDAR
Seorang pemilik Ford Endeavour yang berbulu kenderaan baharunya mengalami kerosakan mengambil langkah menunda menggunakan keldai ke kedai pengedar.
Arjun Meena yang merupakan pemilik kenderaan itu mengambil langkah berkenaan sebagai tanda protes terhadap syarikat Ford.
Dia memberitahu ingin menarik perhatian orang ramai di kawasan sekeliling Ford Endeavour terbabit.
Arjun Meena mendakwa dia membeli kenderaan model Ford Endeavour pada tahun 2016 dan berdepan pelbagai masalah.
Bagaimanapun, pada tahun ini, dia membeli model Ford Endeavour baharu dan mula menghadapi masalah transmisi.
Dia menambah kenderaan baharu itu lebih banyak menghabiskan masa di kedai pengedar berbanding rumahnya.
Bahkan, Arjun Meena menjelaskan kenderaan tersebut pernah terhenti ketika di jalan raya tanpa memberi sebarang amaran.
“Transmisi tidak menukar gear dan membuatkan kenderaan terhenti ketika sedang bergerak di jalan raya,” dakwanya.
Dia memberitahu akan melakukan aksi sama dalam tempoh tujuh hari dan akan membakar kenderaan terbabit di hadapan kedai pengedar.
Ia bukanlah insiden pertama di India apabila pemilik kenderaan menarik perhatian orang ramai apabila kenderaan baharu mereka berdepan masalah.
Sebelum ini, terdapat pemilik MG, Skoda, Jaguar dan Toyota Land Cruiser yang melakukan aksi menarik perhatian orang ramai untuk mendapat pengadilan.-cartoq
- BACA: KERETA API BAWA MUATAN FORD F-150 TERGELINCIR.BERAPA UNIT YANG MUSNAH TU?
- BACA: FORD TAYANG EXPLORER PADA PUNCAK MENARA SETINGGI 47 METER DI NORWAY
- BACA: FORD PATENKAN NAMA SKYLINE DI AMERIKA. TROLL KE APA NI?
- BACA: FORD THAILAND PERKENAL RANGER XL STREET SPECIAL EDITION. ENJIN 2.2L, 6MT, BERMULA RM87,500







