Artikel Pilihan

INI AKSESORI HONDA CIVIC FE, KALAU NAK NAMPAK MACHO

Rekaan sesebuah kenderaan adalah sangat subjektif, ada yang kata lawa, dan ada yang kata kurang lawa. Tapi sebenarnya pengeluar cuba menghasilkan sebuah kereta dengan rekaan yang boleh diterima umum dari orang muda, tua, lelaki dan juga wanita. Tapi untuk menjuruskan satu rekaan pada spesifik individu adalah sangat susah dan tidak ekonomi

Tidak hairanlah pengeluar banyak menghasilkan aksesori tambahan dengan jaminan pengeluar agar pembeli boleh menyolek kenderaan baru mereka tanpa kehilangan jaminan termasuklah Honda. Honda turut menjual pakej aksesori Modulo secara pakej seperti berikut:

1. Modulo Premium Package – yang merangkumi Front Grille Garnish, Spoiler pakej (depan, belakang, sisi) Exhaust Tip Finish, Rear Lower Garnish dan Decklid Spoiler yang berharga RM 7089.

2. Modulo Package 1.0 – hanya 4 aksesori sahaja diberikan iaitu Front Under Spoiler, Side Under Spoiler, Rear Under Spoiler dan Decklid Spoiler dengan harga RM 4995

3. Urban Package – pelanggan akan diberikan Door Visor, Illuminated Side Step, Foot Light dan Sport Pedal pada harga RM 2457.

4. Modulo Premium RS – terdiri daripada Front Grille Garnish, Front Under Spoiler, Side Under Spoiler, Rear Under Spoiler dan Rear Lower Garnish dengan harga RM 5320 khas untuk varian RS sahaja

5. Modulo Package – pelanggan boleh memilih untuk memasang Front Under Spoiler, Side Under Spoiler, dan Rear Under Spoiler pada harga RM 3780

6. Urban Package RS- menawarkan set Door Visor dan Iluminated Side Step dengan harga RM 1422

Tapi pemilik juga boleh memilih beberapa aksesori lain secara ala-carte yang dijual berasingan seperti Trunk Tray (RM 290), Iluminated Side Step (RM 830), Foot Light (RM 680), Sun Shade (RM450), Sport Pedal (RM 470) dan Digital Video Recorder Front & Rear (RM 1149), Decklid Spoiler (RM 1350) dan Exhaust Pipe Finisher (RM 308)

Sebelum menambah semua aksesori ini pada kereta baru, anda boleh lawati laman sesawang Honda Malaysia bagi melihat pilihan warna kereta anda dan bagaimana rupa kereta anda selepas dipasang dengan aksesori pilihan secara interaktif

Google ads
Back to top button