" "
Buletin

MERCEDES-BENZ ACTROS L EDITION 3, 400 UNIT SAHAJA, TRAK PUN ADA EDISI TERHAD!

Bukan sahaja motosikal atau kereta, trak juga mempunyai edisi terhad seperti Mercedes-Benz Actros L Edition 3. Dikeluarkan sebanyak 400 unit untuk pasaran antarabangsa dan daripada jumlah itu hanya 20 unit ditawarkan kepada pelanggan di United Kingdom (UK).

Actros L Edition 3 satu daripada trak paling mewah di pasaran dan didatangkan dalam tiga pilihan tambahan iaitu Driving, Comfort, Media dan Stowage Package.

Pelanggan di UK pula dapat menikmati satu lagi pakej istimewa dan lebih terhad daripada yang lain kerana dibuat sebuah sahaja.

Di antara ciri istimewa Actros L Edition 3 ialah warna khusus White Aluminium Metallic, grafik badan Metallic Steel Grey dan logo bintang Mercedes-Benz dalam warna krom gelap.

Turut dilengkapi lencana EDITION 3 sebagai tanda edisi khas, dua lampu LED tambahan dan penghadang matahari dengan logo EDITION 3.

Melalui empat pakej utama yang ditawarkan, Actros L Edition 3 dilengkapi stereng balutan kulit, cermin untuk bercukur, peti sejuk, soket kuasa dan tilam PremiumComfort.

Lagi kelengkapan seperti lampu suasana dan bumbung suria gelangsar dan condong dan pelbagai lagi bergantung kepada pakej pilihan.

Selain empat pakej utama, pelanggan ditawarkan dua pakej keselamatan iaitu Safety dan Sight.

Di antara kelengkapan seperti Multimedia Cockpit, Proximity Control Assist, lampu besar LED dengan sistem pembersihan, lampu belakang LED, sensor hujan dan beg udara pemandu.

Actros L Edition 3 ditawarkan dalam jenis kepala lori atau casis rigid dan pilihan kabin BigSpace atau GigaSpace.

Enjin 15.6 liter OM 473 mempunyai dua pilihan iaitu 421 kuasa kuda (hp) atau 625 hp dan dipadan dengan transmisi PowerShift Advanced.

Seperti yang dinyatakan, sebuah unit khas dibuat untuk pelanggan di UK. Mercedes-Benz Trucks UK bekerjasama dengan Kuda Automotive untuk menambah beberapa lagi kelengkapan istimewa.

Pemandu dapat menikmati TV pintar LUXMOV 21.5 inci, ketuhar gelombang mikro TruckChef 8002 dan tiga almari CabStore dengan 500 liter tambahan ruang simpanan.

Kuda turut melengkapi pelantar TreadSafe di belakang kabin untuk ruang bekerja yang selamat. Satu lagi ciri istimewa ialah skirt sisi untuk model 6×2 bagi meningkatkan aerodinamik dan penampilan.

BACA: MERCEDES-BENZ CLE, COUPÉ ANGGUN UNTUK PEMINAT C-CLASS DAN E-CLASS COUPÉ!

BACA: MERCEDES-AMG GT 63 SE PERFORMANCE, 843HP, BERMULA RM2.08 JUTA

BACA: MERCEDES-MAYBACH GLS 600 2023, SUV SUPER MEWAH DALAM PAKEJ 557 HP, 730NM!

Google ads
Back to top button