Artikel Pilihan

NISSAN SKYLINE R32 GT-R ELEKTRIK BAKAL MUNCUL DI TOKYO AUTO SALON – GODZILLA PAKAI BATERI

Mac lalu Nissan umumkan yang mereka bakal menukar sebuah R32 Skyline GT-R kepada sebuah EV sepenuhnya. Projek tersebut sudah pun siap sepenuhnya dan bakal dipertontonkan kepada khalayak di Tokyo Auto Salon 2025. Namun sebelum itu, saksikan dahulu beberapa gambar dan pautan video yang dimuat naik Nissan tentang Godzilla berkuasa bateri ni.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, terdapat butang Start/Stop berdekatan dengan lubang kunci penghidup asal. Tak pasti la sama ada kunci asal masih berfungsi atau pun tidak tapi mungkin juga ia berfungsi untuk mengaktifkan butang penghidup tersebut. Macam penghidup elektrik skuter la pulak.

Tombol gear asal masih dikekalkan tap persoalannya adakah ia masih kekal dengan 5-kelajuan? Tombolnya juga kelihatan sedikit panjang berbanding asal. Kalau diikutkan EV cuma perlukan dua posisi gear. Gear D dan R sahaja. Satu untuk ke depan dan satu mengundur.

Tenpat duduk belakang dikeluarkan terus dan digantikan dengan pek bateri. Dah namanya pun EV kan? Menariknya bateri ini disorokkan di belakang panel pelindung yang dihasilkan khas dan nampak agak kemas.

Port pengecasnya disorokkan di bawah penutup tangki minyak asal dan nampak agak kemas. Dilihat dari luar perbezaan yang paling nyata hanyalah pada cakera breknya yang lebih besar. Ia mungkin juga mempunyai kuasa regenerative untuk mengecas bateri sambil brek ditekan.

Paling penting sekali bagaimana dengan daya kawalan R32 berkuasa elektrik ini bila ia dipandu? Jaguar pernah meng’elektrik’kan model E-Type mereka dan itu bukan masalah sebab E-Type sukai ramai kerana kecantikannya.

GT-R ni berbeza dari E-Type sebab ia sebuah kereta sport dengan prestasi sebuah supercar. Adakah kawalannya sedikit berbeza ataupun terjejas teruk dengan penambahan pek bateri yang berat? Kuasa pecutan sebuah EV memang kita semua tahu tapi macam mana dengan keistimewaan R32 asal?

Kalau dah jadi macam Tesla baik beli Tesla terus. Ko guano?

Google ads
Back to top button