Artikel Pilihan

HKS ZERO R – UNIKON R32 GT-R YANG JARANG DAPAT DILIHAT

Nissan berjaya mengubah lanskap dunia automotif dengan pengeluaran Nissan GT-R. dah macam-macam generasi GT-R dikeluarkan mereka termasuklah varian-varian istimewa yang dikeluarkan dalam jumlah yang terhad.

Namun ada sebuah model istimewa yang tidak pernah dikeluarkan secara rasmi. Lebih kurang la. Ia merupakan hasil air tangan HKS dan dinamakan Zero R. Inilah unikon GT-R yang jarang dapat dilihat. Ramai yang tak pernah lihat pun sebelum ini.

HKS Zero R ini ditemui oleh Larry Chen seorang jurugambar automotif terkenal dari AS. Memang payah nak jumpa Zero R ni sebab ia seolah-olah tidak wujud. HKS merancang untuk menghasilkan 10 unit varian ini yang diasaskan dari Nissan Skylinen BNR32 pada tahun 1994. Tiga daripada kini berada di Jepun dan sebuah lagi berada di Brunei. Milik siapa lagi kalau bukan Sultan Brunei sendiri.

HKS memulakan projek Zero R pada tahun 90an tetapi beberapa modifikasi pada model asal menyebabkan timbulnya pelbagai masalah. Mereka memindahkan kedudukan tangki minyak yang menyebabkan ujian perlanggaran terpaksa diadakan kembali. Ia menelan kos yang tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh HKS. Projek tersebut tergantung tapi empat unit berjaya disiapkan.

HKS cuba menyambung semula projek tersebut pada pertengahan tahun 2000. Mereka menjangka proses menjadikan kereta tersebut road-legal lebih mudah dan berusaha menyempurnakan baki selebihnya.

Disinilah munculnya watak Andrew Evanson yang diberi nama jolokan Raja GT-R. Beliau memiliki koleksi GT-R sendiri dan semestinya mempunyai hubungan yang meluar. Selepas bertemu dengan seseorang dari Nissan Technical Factory, seorang pemilik HKS Zero R rupanya telah meninggal dunia dan semestinya unikon tersebut memerlukan tuan yang baharu.

Zero R yang bertukar milik kepada Andrew rupanya telah dinaik taraf oleh pemilik asal dengan pengecas turbo T51 dan beberapa modifikasi lain. Hasilnya ialah 800 hp kuasa pada boost penuh! Andrew turut memiliki Nismo 400R tapi kuasa Zero R ini telah memberi kejutan kepada beliau.

Zero R memang berbeza dari GT-R standard kerana menggunakan kit badan yang berbeza. HKS memang bersungguh-sungguh sewaktu menghasilkan varian unik ini.

Sewaktu dikeluarkan pada tahun 90an, Zero R ini bernilai kira-kira USD100K, kini Chen memberikan anggaran harga USD650K! Lagi untung dari beli G Wagen yang tengah tular. Ko guano bey?

Google ads
Back to top button