Artikel PilihanBuletin

HONDA HASILKAN KASUT KHAS UNTUK PEMANDU

Thrillist, JackThreads and Honda telah bekerjasama untuk menghasilkan kasut HT3 Driving Shoe edisi khas yang mula dijual pada hari ini.

Honda-HT3-racing-shoe-mekanika (2)

Kasut untuk pemandu yang ditawarkan pada harga AS$100 (RM410) itu boleh didapati secara eksklusif menerusi laman web JackThreads.com.

HT3 Driving Shoe diinspirasikan daripada Honda Civic serba baharu. Ia menyerlahkan tiga aspek utama rekaan Honda yang sporty dan dinamik iaitu sentuhan, regangan serta teknologi tinggi.

Honda-HT3-racing-shoe-mekanika (5)

Kasut itu menggunakan material-material premium seperti suede dengan kemasan metalik. Selain corak kulit pada bahagian tumit dan pelapik dalama kasut.

Bagi memastikan keselesaan dan memberi sokongan tambahan, HT3 mempunyai satu ‘pemegang’ neoprena yang seakan-akan membalut bahagian atas kaki dan buku lali pemakainya.

Honda-HT3-racing-shoe-mekanika (4)

“Kami mahu menghasilkan kasut yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Kasut yang selesa dipakai, bergaya dan futuristik. HT3 ialah kasut yang versatil. Ia meningkatkan fungsi asas kasut untuk tujuan memandu dan menggabungkannya dengan reka bentuk Honda dan JackThreads,” jelas jurucakap JackThreads, Michael Vincent.

Google ads
Back to top button