
IAM-MIME 2023 PAMER HAMPIR 300 KERETA MODIFIKASI, TAWAR 100 ANUGERAH
Menjelang International Modified (IAM) Kuala Lumpur and Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023, acara berkenaan bakal mempamerkan hampir 300 pilihan kereta modifikasi kepada peminat.
Berlangsung pada 27-29 Oktober ini, IAM-MIME 2023 turut mempamerkan kereta baharu, kenderaan elektrik serta 4X4 selain menyediakan hampir 100 anugerah untuk kategori utama seperti Distinctive Awards, Style Awards, Car Audio Awards, Performance Awards, Disctinctive Build Awards, Type Awards, Manufacturer Awards, Car Club Awards, dan Region Awards.
Anugerah lain ditawarkan termasuklah Best Interior, Wildest Wide Body, Killer Kolour, Best JDM Modified, Best Modified Retro, Best Contemporary Classic. Best Truck, Hottest Engine Bay, Best City Car, Best Compact Car, Best Roadster serta Best European, Asian, American and Malaysian Modified Car.

Kembali untuk mempertahankan gelarannya sebagai The King of International Automodified, para pengunjung juga berpeluang menyaksikan Nissan Silvia S15 dengan gentian karbon yang dikuasakan oleh enjin Toyota 2JZ enam silinder sebaris, menjana 1,000bhp.
“Sejak IAM diperkenalkan pada 2001, dan pertama kali diadakan di Malaysia pada 2011, ia sentiasa dikenali sebagai pertunjukan epik untuk kereta yang diubah suai.

“Kami telah melihat beberapa pengubahsuaian ekstrem daripada peminat kereta Malaysia dan ini adalah sesuatu yang akan diteruskan pada tahun ini,” kata Pengasas IAM, Reza Aliwarga.
Tarikan lain IAM-MIME 2023 pastinya terarah kepada pameran Kenderaan elektrik di mana ia menyediakan uji pandu kenderaan elektrik kepada bakal pembeli.
“Ia akan menjadi lokasi sehenti untuk melihat, menguji dan menilai beberapa EV terkini yang ditawarkan di pasaran.

“Ini akan mendedahkan mereka kepada pelbagai teknologi serta ciri berbeza dan pada masa yang sama meningkatkan pemahaman mereka tentang EV,” kata Pengasas MIME, Yamin Vong.
Tiket kini boleh dibeli di https://ticket.malaysiamotorexpo.com/ atau di http://t2u.asia/e/31710?sec=36057 dan juga boleh didapati semasa acara berlangsung pada harga RM30.
Kemasukan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun (mesti diawasi oleh sekurang-kurangnya 1 orang dewasa) adalah percuma.
Pelawat juga layak mendapat kupon rebat RM20 apabila mendaftar di bawah rujukan jpmcollection dengan memuat turun FONEAPPS di https://shop.forestone.com.my/link/referral?ReferralID=jpmcollection
Untuk maklumat lanjut sila layari www.internationalautomodified.com dan www.malaysiamotorexpo.com.
- BACA: 4 MODIFIKASI WAJIB UNTUK PRESTASI SEBELUM MELANGKAH LEBIH JAUH – INGATLAH 4 PERKARA INI
- BACA: MITSUBISHI LANCER EVO IX DENGAN MODIFIKASI PALING EKSTRIM, PECAHKAN REKOD LITAR LUMBA TSUKUBA
- BACA: MITSUBISHI LANCER EVO IX DENGAN MODIFIKASI PALING EKSTRIM, PECAHKAN REKOD LITAR LUMBA TSUKUBA
- BACA: INI MODIFIKASI YANG DIBUAT PADA ENJIN GR YARIS UNTUK DIPASANG PADA GR COROLLA