Artikel Pilihan

SESI PERTEMUAN HYUNDAI i30 N BERTUKAR KEPADA SESI KEMALANGAN – REKOD DUNIA JUGA NI

Sesi santai hujung minggu sekumpulan pemilik Hyundai i30 N di Hong Kong berakhir dengan tragedy bila beberapa buah kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan. Ia dikatakan berlaku bila kereta paling hadapan terpaksa menekan brek dengan mengejut sekali gus menyebabkan kereta-kereta di belakang merempuh kereta di hadapan mereka.

Rakaman dashcam yang tersebar menunjukkan sebuah Mazda RX-7 dari arah bertentang cuba memotong barisan menyebabkan Hyundai i30 N yang paling deoan terpaksa menekan brek secara mengejut. Rakan-rakan di belakang gagal berhenti dengan selamat kerana jarak yang terlalu rapat menyebabkan masing-masing merempuh belakang satu sama lain. Pemandu RX-7 tersebut dikatakan terus melarikan diri dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Gambar-gambar kemalangan yang dikongsi di laman Facebook menunjukkan sekurang-kurangnya 7 buah Hyundai i30 N terlibat dalam kemalangan ini tapi laporan menyebut 9 unit kesemuanya. Hampir kesemua mengalami kerosakan pada bahagian bumper depan dan belakang selain bahagian fender kiri dan kanan. Boleh tahan juga kos nak baiki balik ni.

6 orang dilaporkan tercedera dan lima daripada ialah pemandu dan dikejarkan ke hospital. Nasib baik semua cedera ringan je. Rancangan untuk berseronok nampaknya tidak menjadi. Tapi tak apalah sebab kesemua pun terselamat dan panjang umur.

Ini sebenarnya satu peringatan juga untuk kita semua supaya sentiasa menjaga jarak yang selamat antara kenderaan. Tak payah la nak cucuk sangat walaupun awak tu pakai kereta power. Kalau kereta tak power tapi masih ank cucuk orang tu kita panggil tak sedar diri. Apa pun jaga sikit tingkah laku atas jalan raya okey.

Google ads
Back to top button