Buletin

VOLKSWAGEN ARTEON R-LINE. 2.0TSI, CKD PEKAN, BERMULA RM220K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan model yang sangat ditunggu-tunggu, Arteon R-Line serba baharu ke pasaran tempatan.

Disifatkan sebagai antara model terbaik, Arteon melakukan debut global pada tahun 2017. Ia kini dipasang tempatan di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang.  

Fastback lima pintu itu merupakan model utama Volkswagen yang menawarkan kombinasi terbaik di antara reka bentuk avant-garde dengan pengendalian dinamik.

Namanya menjadi refleksi terbaik terhadap penampilannya – ‘Art’ menerangkan tentang garis fastback yang harmoni dan emosional, sementara ‘eon’ pula menyerlahkannya sebagai model premium Volkswagen.

Arteon direka untuk merangsang emosi dan meningkatkan rasa ingin memilikinya. Digabungkan dengan kemasan R-Line yang sporty, visual kereta ini memang sangat cantik jika dilihat dari mana-mana sudut sekali pun. 

Varian Volkswagen R-Line mengambil inspirasi daripada rangkaian model berprestasi tinggi, Volkswagen R. Pakej R-Line yang dipasang pada jentera ini memberikannya gayaan lebih sporty, pada masa sama mengekalkan nilainya yang hebat.

“Sebagai model utama kami yang baru, Arteon nyata menaikkan lagi jenama Volkswagen kerana ia memiliki rekaan yang cantik, berprestasi tinggi dan memiliki fungsi terbaik.

“Pada masa yang sama menawarkan eksklusiviti. Dengan pakej R-Line, ia membuatkan Arteon lebih sporty,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.

Tempahan dan pandu uji boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my

Luaran

Reka bentuk Arteon R-Line diserlahkan melalui garis bumbung yang lebih rendah, tingkap tanpa bingkai, cerun bahagian belakang yang bersambung hingga ke lampu belakang, sekali gus membuatkannya kelihatan lebih aerodinamik dan bergaya.

Reka bentuk itu juga memberikannya penampilan yang lebih mewah dan menyerlahkan rekaan sebuah fastback yang tersendiri. Elegan dan dinamik, Arteon turut menjanjikan ruang serta keselesaan luar biasa melalui rekaan seperti sebuah coupe itu.   

Menggunakan sistem lampu utama LED sepenuhnya, lampu hadapan dilengkapi ciri Dynamic Cornering Lights. Sementara lampu belakang hadir dengan isyarat membelok berturutan.

Buat pertama kalinya, Arteon dilengkapi ciri All Weather Light, sejenis lampu khas yang menawarkan pencahayaan lebih luas untuk meningkatkan kejelasan pandangan berdasarkan kepada kondisi cuaca.

Dalaman

Ruang dalaman Arteon R-Line menyerlah rasa sporty dan mewah. Penumpang hadapan pasti berpuas hati dengan keselesaan tempat duduk ErgoComfort bersama 14 talaan dan lencana R-Line. Manakala pemandu pula boleh menikmati fungsi urutan.

Bagi penggemar audio, Arteon dipasang dengan sistem bunyi Dynaudio yang menawarkan pengalaman audio premium bersama 11-unit pembesar suara, amplifier digital 16 saluran, satu unit subwoofer dan kemewahan bunyi 700W.

Ambien mewah itu ditambah dengan kemasan aluminium Silver Rise, pelapik bumbung hitam Titanium, jam analog dan lampu ambien tiga warna.

Enjin dan Prestasi

Arteon R-Line didatangkan dengan enjin turbo 2.0TSI dan kotak gear klac berkembar basah direct shift 7-kelajuan (DSG) yang telah ditambah baik. Ia mampu menghasilkan kuasa 190PS dan tork 320Nm untuk pengalaman pemanduan yang benar-benar dinamik.

Bagi mereka yang ingin mengubah suai kereta mereka, Arteon R-Line serba baharu hadir dengan Dynamic Chassis Control (DCC). DCC menawarkan 15 ubah suai dan lima mode pemanduan berbeza – Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual. 

Ketersambungan  

Dengan resolusi dan tahap kejelasan yang tinggi, Digital Cockpit bersaiz 11.7” membolehkan pemandu untuk mengakses data pemanduan menerusi enam pandangan skrin boleh ubah serta lebih 30 pilihan kombinasi. Ini termasuklah navigasi 2D dan 3D, serta 100% paparan peta.    

Ketersambungan di hujung jari anda, sistem infohibur dengan skrin sentuh Discover Pro bersaiz 9.2” membolehkan pemandu menyambungkan telefon pintar dengan Apple Car Play tanpa wayar.

Manakala ciri Android Auto dan Mirrorlink boleh disambung mengguna port USB Type C. Sistem itu menawarkan kawalan suara, gestur dan pandangan skrinnya boleh diubah.

Keselamatan  

Memandangkan keselamatan menjadi aspek penting pada semua model Volkswagen, Arteon R-Line didatangkan dengan ciri keselamatan premium bertaraf dunia.

Antaranya ialah Post Collision Braking System yang menghalang pelanggaran kali kedua; Intelligent Crash Response System (ICRS) pula mengambil langkah pencegahan apabila berlaku kemalangan dengan menyekat bekalan bahan api, membuka pintu dan mengaktifkan lampu amaran (hazard lights).

Manakala Electronic Different Lock (XDS) menambah baik aspek cengkaman dan mengurangkan masalah understeer.

Ciri keselamatan standard yang lain ialah Electronic Stability Control (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Brake Assist (BA), Hill-hold Control, Proactive Passenger Protection System dan Active Bonnet yang memberi perlindungan kepada pejalan kaki. 

Arteon juga hadir dengan kamera Area View 360 yang menggabungkan empat buah kamera untuk menawarkan pandangan dari atas. Skrin itu juga boleh diubah kepada pandangan penuh atau terpisah.

Ruang dan Kemudahan

Tapak roda Arteon R-Line yang panjang menawarkan ruang dalaman, kepala dan kaki yang cukup luas untuk semua lima orang penumpang. Hac belakang dengan bukaan yang luas memudahkan akses ke ruang kargo seluas 563 liter, terbaik dalam kelasnya.

Bukan itu sahaja, bahagian belakang hadir dengan fungsi Easy Open yang menggunakan sensor untuk membuka pintu but secara elektronik apabila mengesan pergerakan kaki pemandu di bahagian bawah bampar.

Pertama kali untuk model Volkswagen di Malaysia, Arteon R-Line serba baharu didatangkan dengan ciri Easy Close yang akan menutup but selepas 20 saat, memberikan pemandu masa untuk mengeluarkan barang dari dalam but dengan mudah.

Arteon R-Line turut dilengkapi dengan Tyre Pressure Monitoring System yang memantau tekanan setiap tayar. Sementara ciri manoeuvre braking pula akan menekan brek secara automatik untuk mengelak pelanggaran apabila ia mengesan sesuatu objek pada kelajuan sehingga 10km/j. 

Warna  

Lima warna ditawarkan: warna metalik ialah kelabu (Manganese Grey), kuning (Turmeric Yellow) dan perak (Pyrite Silver). Manakala warna mutiara ialah hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White Pearl).

Harga  

Arteon R-Line serba baharu ditawarkan pada harga RM220,043 dan hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, di samping jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Google ads
Back to top button