Buletin

MODEL BARU YANG AKAN DILANCARKAN TAHUN 2020

Baru – baru ini penulis dihubungi oleh salah seorang rakan yang bertanyakan tentang sebuah kereta segmen B. Katanya banyak juga diskaun yang diberikan sempena hujung tahun. Itu memang la lumrah industri, orang tak akan beli kereta hujung tahun. Nanti rugi umur kereta walaupun diskaun 10%. Melainkan anda terdesak memerlukan kereta baru dan malas nak bayar deposit banyak banyak.

Jadi kami sertakan 10 kereta baru yang akan menjadi perhatian tahun depan. Kalau model naiktaraf kami ketepikan dulu. Setakat ubah bampar buat penat abam tulis je. Antara kereta baru yang bakal dilancarkan tahun depan ialah:

1. Proton X50 – disebut antara crossover segmen B yang banyak mencuri perhatian ramai. Sudah tentu enjin 1500cc turbo yang dibekalkan dengan teknologi Volvo antara faktor yang menyebabkan kami menantikan kereta ini. Ia akan digandingkan dengan transmisi Dual Clutch Transmission 7 kelajuan. Jadi kami arasakan ia akan jauh lebih menjimatkan petrol berbanding X70. Anggaran harga ialah sekitar RM78,000-99,000

Maklumat penuh enjin Proton X50 ada di SINI

2. Perodua D55 – merupakan crossover yang diselitkan dalam segmen A dan lebih kecil berbanding dengan X50. Jadi ia hanya datang dengan enjin 1000cc turbo yang akan digandingkan dengan transmisi CVT. Sepupunya di Jepun iaitu Toyota Raize dan Daihatsu Rocky telahpun dilancarkan dengan transmisi D-CVT di mana ia akan memiliki gigi gear khas bagi membantu pecutan awal. Dengan hanya berat kurang 1000kg, enjin 98 kuasa kuda dengan CVT ini sudah cukup untuk mencucuk Porsche Cayenne nanti

Anda boleh baca mengenai spesifikasi enjin 1KR-VET di SINI . Kami juga anda membuat ulasan bagaimana transmisi D-CVT bekerja di SINI.

3. Nissan Grand Livina / Mitsubishi Xpander

Kami dulu menyangka bahawa model ini akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019. Namun sangkaan kami salah dan sumber terdekat meramalkan MPV kompak 7 tempat duduk ini akan dilancarkan pada tahun 2020. Rekaannya menampilkan Dynamic Shield iaitu falsafah rekaan yang digunakan oleh Mitsubishi. Enjin 1500cc dengan teknologi DOHC dan MIVEC menghasilkan 105 kuasa kuda akan dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan. Cuma menjadi persoalan sekarang adakah enjin cukup kuat untuk menarik cesi Xpander ini nanti.

4. Honda City – dilancarkan di Thailand bulan lepas sudahpun memasuki generasi ke 7 sebagai jawapan Honda kepada Vios dan juga Almera. Walaupun ia dikira adik kepada Civic, namun Honda tak segan silu memperkenalkan pelbagai teknologi baru kepada model City. Model terbaru menggunakan enjin 3 silinder sebaris dengan sesaran 1000cc. Namun dengan bantuan turbo ia menghasilkan 121 kuasa kuda dan dipadankan dengan transmisi Earth Dream CVT.

Anda boleh semak spesifikasi lanjut enjin Honda City terbaru di SINI

5. Nissan Almera – ataupun dikenali dengan nama Versa juga bakal mempertaruhkan rekaan terbaru mereka tahun depan. Rekaan lama dugong bunting anak kembar telah digantikan dengan rekaan V-Motion yang lebih vibrant dan bergaya. Enjin lama 1500cc telah digantikan dengan enjin 3 silinder dengan sesaran 1000cc. Sama seperti City ia dipadankan dengan teknologi turbo bagi menghasilkan kuasa 101 kuasa kuda dan dipadankan dengan transmisi CVT.

Di pasaran Thailand, ia ditawarkan dengan teknologi Nissan Intelligent Mobilty

6. Honda Accord – merupakan jawapan Honda kepada Toyota Camry dan juga Mazda 6. Namun dengan harga yang dijangka mencecah hampir RM 200,000 Honda perlu bekerja keras untuk mengekalkan momentum jualan. Tambahan pula ia hanya akan dibekalkan dengan enjin 1500cc turbo 4 silinder yang akan menghasilkan kuasa 190 kuasa kuda. Persoalan seterusnya ialah adakah bakal pembeli boleh menerima sebuah sedan eksekutif segmen D dengan transmisi CVT? Kemungkinan besar Honda akan melengkapkan Accord terbaru ini dengan teknologi Honda Sensing

7. VW Arteon – merupakan model yang lebih up berbanding dengan Passat. VW menyatakan ini ialah sebuah sedan segmen D dengan penampilan “avant garde gran turismo”. Sebuah sedan mewah yang boleh dipandu laju dan selesa. Tapi jika dilihat betul-betul, Aeteon yang dibina di atas platform MQB merupakan pengganti kepada VW Passat CC. Rekaan luarannya menggunakan penampilan fastback berbanding Passat yang menggunakan rekaan sedan

Ia bakal menggunakan enjin 2000cc TSI (sudah pasti ada turbo) yang menghasilkan 280 kuasa kuda dan 350NM tork. Arteon akan dipadankan dengan transmisi 7 kelajuan klac berkembar (wet type).

8. Mazda CX-30- merupakan sebuah crossover yang berasaskan kepada model Mazda 3 namun diberikan sentuhan agar ia tampil lebih segak. Walaupun pihak pengedar sudahpun mula mengambil tempahan, namun ia masih belum dilancarkan secara rasmi. Terdapat 2 pilihan enjin iaitu 2000cc SkyActiv dengan kuasa 162 kuasa kuda dan enjin 1800cc turbodisel dengan kuasa 114 kuasa kuda. Varian terendah ditawarkan pada harga RM 143,000

9. Nissan Sylphy – tampil berani dengan memperkenalkan sebuah lagi sedan dalam segmen C bagi memberi saingan kepada Civic, altis dan juga Mazda 3. Sama swperti Almera ia akan menampilkan rekaan V motion yang lebih segar dan berani berbanding dengan model sebelumnya. Nampak lebih konfiden dan dinamik. Enjin yang ditawarkan ialah enjin HRDDT 1600cc dan 2000cc tapi kami tidak pasti adakah enjin MRDDT 1600 cc turbo akan turut ditawarkan

10. Mercedes Benz GLB – merupakan crossover kompak dari Mercedes yang diselitkan antara GLA dan juga GLC. Ia juga percubaan pertama Mercedes yang menawarkan crossover dengan pilihan 5 atau 7 tempat duduk dalam konfigurasi 2-3-3. Ia bakal ditawarkan dengan satu pilihan enjin iaitu 2000cc turbo yang akan dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan automatik. 221 kuasa kuda yang dihasilkan sudah cukup untuk GLB memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.9 saat

Google ads
Back to top button