Buletin

VOLKSWAGEN GOLF FACELIFT – BERMULA RM149,888!

 Volkswagen Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran Golf yang telah dipertingkatkan pada harga lebih rendah.

Dua varian ditawarkan iaitu Golf Highline berharga RM159, 888 dan Golf Comfortline pula berharga RM149,888 seunit.

Golf Highline hadir bersama ciri-ciri baharu seperti Keyless Entry & Push Start (KESSY), Park Assist, Rest Assist dan sistem pengesan kepenatan. Ia juga tampil dengan rim Madrid bersaiz 17 inci, lampu belakang LED dan tempat duduk bersama fabrik Mel Stripe untuk ‘cengkaman’ yang lebih baik.

Golf masih menggunakan enjin 1.4L TSI turbocharged berkuasa 150PS dan tork maksimum 250Nm @ 1,500rpm – 3,500rpm. Enjin ini kemudian dipadankan dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan.

Model ini didatangkan dalam enam warna menarik iaitu kelabu, merah, putih, hitam, biru dan perak.

Google ads
Back to top button