Motosikal

HONDA MSX 125 SAH DATANG KE MALAYSIA!

Ya. Anda tidak salah baca. Sumber yang sangat boleh dipercayai mengesahkan bahawa model yang begitu popular di Thailand, Honda MSX125 bakal menemui peminatnya di Malaysia pada tahun ini. batch_Honda-MSX125-BIMS-2016-mekanika

Sebagaimana yang diketahui, mini street bike itu telah pun menerima penambahbaikan pada awal tahun lalu. Antara perubahan yang ketara ialah penggunaan lampu utama berkembar jenis projektor, lampu belakang LED, meter digital, butang penghidup enjin dan rim bersaiz 12 inci.

batch_Honda-MSX125-BIMS-2016-mekanika2

MSX125 menggunakan khidmat unit enjin bersesaran 125cc dengan teknologi PGM-FI yang menjanjikan kuasa, penjimatan bahan api serta menepati piawaian Euro 6. Bagi menawarkan tunggangan yang agresif, ia dilengkapi klac tangan dan penyerap hentak jenis terbalik (upside down), teknologi yang diambil daripada morosikal lebih besar.

batch_Honda-MSX125-BIMS-2016-mekanika1

Apa yang lebih menarik, motosikal ini boleh menjadi satu kanvas kosong untuk anda melakukan modifikasi. Jika benar ia akan menjengah ke pasaran Malaysia, MAS125 bakal berentap dengan Kawasaki Z125 Pro. Dari segi harga pula, saya menjangkakan MSX125 berharga tidak kurang RM7,000 seunit. Sama-sama kita tunggu.

batch_Honda-MSX125-BIMS-2016-mekanika3

Sementara itu, ini antara gambar-gambar MSX125 yang sempat saya rakam pada acara Bangkok International Motor Show 2016 yang sedang berlangsung sekarang di Bangkok, Thailand!

Petronas MREC – Desktop
Tags
Google ads
Back to top button