Buletin

SONIC DENGAN KUASA TURBO

Chevrolet memperkenalkan model Sonic 2017. Model itu menawarkan teknologi terkini antaranya sistem MyLink dengan sambungan  Apple CarPlay dan  Android Auto.

chevy-sonic-2017-mekanika (3)

Penggayaan terkini itu melengkapkan ciri baharu yang lain antaranya stereng dengan ciri pemanas dan skrin sentuh berwarna 7-inci. Sistem Rear Park Assist juga baharu.

Seperti model Trax, Sonic menarik pelanggan muda kepada jenama Chevrolet. Dengan 20 peratus daripadanya adalah golongan yang berumur bawah 35 tahun.

chevy-sonic-2017-mekanika (4)

Bahagian luar Sonic lebih segar dengan penggunaan lampu nyalaan siang LED. Selain itu, bahagian hadapan menerima rekaan hud, bampar hadapan baharu dan lampu depan projektor.

Melengkapkan rekaan itu ialah pilihan rim bersaiz  15, 16 dan 17 inci. Chevrolet turut menawarkan pilihan warna baharu iaitu  Orange Burst Metallic, Brimstone, Cajun Red Tintcoat dan Arctic Blue Metallic.

chevy-sonic-2017-mekanika (1)

Bahagian kabin, Sonic dilengkapi perincian kluster meter yang menggabungkan speedometer analog. Tidak ketinggalan, kerusi dengan ciri pemanas dan pelarasan elektrik untuk pemandu.

Sonic dipacu oleh enjin 1.4 liter Ecotec pengecas turbo bersama transmisi automatik atau manual enam kelajuan.

Sonic 2017 akan dijual pada musim luruh di pasaran Amerika Syarikat dengan pilihan LS, LT dan Premier bagi versi sedan. Versi hatchback ditawarkan kembali dengan RS serta LT dan Premier. Pakej  RS turut ditawarkan pada sedan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button