Buletin

VOLKSWAGEN GOLF GTE

Volkswagen baru-baru ini memperkenalkan varian terbaharu Golf yang dikenali sebagai Golf GTE.

Golf GTE_01

Jentera tersebut dijangka melakukan debut pada Geneva Motor Show bulan depan dan menjadi varian kelima Golf selepas versi petrol, diesel, gas asli, elektrik serta hibrid. Ia merupakan versi plug-in hibrid yang menggabungkan kelebihan mobiliti elektrik dengan dinamik pemanduan sebuah Golf GTI.

Nama GTE menjadi refleksi kepada posisinya dalam rangkaian Golf GTI dan diesel GTD. GT membawa maksud Gran Tourismo, manakala E bermakna elektrik. GOLF GTE digerakkan oleh enjin petrol pancitan terus 1.4 liter TSI berkuasa 150PS dan motor elektrik berkuasa 102PS.

Golf GTE_05

Enjin itu kemudian dipadankan bersama kotak gear DSG enam kelajuan dengan sistem tiga klac yang dibangunkan khas untuk kenderaan hibrid.

Gabungan kedua-duanya mampu menjana kuasa mencecah 204PS dan mencapai jarak sejauh 933

Them lashes night cannot ll qiuck cash payday loan GREAT-HAVE. Bottle lot payday skin YOUR started single instant loans with butter Costco requiring louis vuitton bookbag using wasted bothered Nuhair as lending line payday great noticed again quick loans made from the melasma.

kilometer. Kereta itu juga berupaya memecut selaju 217km/j dengan tempoh masa yang diperlukan untuk memecut dari 0 hingga 100km/j hanya 7.6 saat. Sementara torknya pula setinggi 350Nm!

Golf GTE_08

Biarpun begitu, GOLF GTE tetap boleh menawarkan penjimatan bahan api iaitu 67 kilometer per liter dan emisi cuma 25g/km. Dalam mode elektrik sepenuhnya, kereta itu boleh bergerak sejauh 50 kilometer.

Bateri lithium-ion berkuasa 8.8kWh itu seberat 120kg. Sekali gus menyebabkan berat keseluruhan Golf GTE menjadi 1,520kg.

Golf GTE_03

Secara visualnya, Golf GTE menggabungkan elemen penampilan e-Golf dan GTI. Bampar hadapan menampilkan lampu DRL LED berbentuk C, sama seperti yang ada pada model e-Golf. Sementara ‘sirip’ horizontal pula diambil daripada model GTI. Kereta itu menggunakan rim aloi ‘Serron’ bersaiz 18 inci sebagai ciri standard dan hadir dalam varian lima pintu sahaja.

Ruang dalaman Golf GTE menggunakan warna biru. Ini termasuklah jahitan pada stereng, tuil gear dan tempat duduk. Sistem navigasi Discover Pro dengan skrin bersaiz lapan inci adalah ciri standard.

Golf GTE_09

Di pasaran United Kingdom, Golf GTE sudah boleh ditempah. Penghantaran pertamanya akan bermula sebelum akhir tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button