Motosikal

MOTOSIKAL LOTUS C-01

Selepas mengambil masa selama dua tahun merancang dengan rapi dan pembangunan intensif, Kodewa dengan bangganya mengumumkan bahawa motosikal pertama di dunia berjenama Lotus kini sudah didaftarkan dan bersedia untuk beraksi. 

lotus-motorcycle-c-01-16-1

Kodewa ialah sebuah syarikat yang diberi lesen oleh pihak Group Lotus plc untuk menghasilkan motosikal. Diketuai oleh Dr. Colin Kolles, pembangunan Lotus C-01 dilakukan dengan kerjasama Holzer Group.

Jentera itu dilengkapi sebuah enjin V-Twin bersama rekaan badan tersendiri yang diperbuat daripada gentian karbon, titanium dan besi berkualiti pesawat angkasa lepas.

slider dlm (2)

Rekaan dramatik itu dihasilkan oleh Daniel Simon. Pernah bekerja dengan Volkswagen dan menjadi penasihat Bugatti, Simon ialah individu yang bertanggungjawab mencipta Tron Light Cycles.

“Terdapat banyak cabaran sewaktu penghasilan Lotus C-01. Kami perlu memastikan motosikal ini menarik perhatian dengan elemen klasik dan moden. Ia juga mestilah selamat dan ergonomik ketika ditunggang.

lotus-motorcycle-c-01-18-1

“Kami bekerja keras untuk mencipta sebuah motosikal yang memiliki ciri tersendiri seperti rekaan badan kemas, profail sisi rendah, berpenampilan berani, corong pengambilan udara unik dan grafik yang menarik,” jelas Simon.

Lotus C-01 akan ditawarkan dalam beberapa varian yang memberi penghormatan kepada legasi sukan bermotor Lotus. Pengubahsuaian juga boleh dibuat tanpa had. Hanya 100 unit Lotus C-01 dihasilkan secara eksklusif, para peminat motosikal dan jenama Lotus perlu berebut untuk mendapatkannya.

lotus-motorcycle-c-01-03-1

“Kami ingin menghasilkan sebuah motosikal yang bukan sahaja hebat untuk ditunggang, malah satu karya seni yang bergerak. Apa yang dibawakan oleh motosikal ini adalah kombinasi unik di antara teknologi tercanggih dan nilai estetik mengagumkan,” kata Kolles.

lotus-motorcycle-c-01-28-1

Spesifikasi enjin:

Binaan: 2 silinder 4 lejang, 75° V-style
Kapasitii: 1,195 cm³
Kuasa: 200hp
Transmisi: 6 kelajuan dengan gear jenis jaw

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button