Buletin

VOLKSWAGEN ID.3 DILANCARKAN DI UK. RM 161,140 LEPAS DISKAUN

Bagi memastikan kereta elkektrik menjadi pilihan bagi pengguna di UK, kerajaan UK memperkenalkan insentif pembelian yang bernilai RM 14,200 kepada pembeli. Ini menjadikan kereta Volkswagen ID 3 yang baru dilancarkan di UK bernilai RM 161,140 selepas diskaun

Rasa macam mahal, tapi bila ditukar dalam nilai matawang pound, ia hanyalah sekitar 28,370. Volkswagen ID 3 dilengkapkan dengan trenkuasa Pure Performance yang menggunakan bateri 45kWh dan memberikan jarak pemanduan sejauh 349km

Volkswagen ID 3 memerlukan masa 7 jam 30 minit untuk dicas sepenuhnya dengan menggunakan poin elektrik rumah 7.2kW tapi jika menggunakan sistem pengecasan pantas 100kW CCS ia hanya mengambil masa sekitar 31 minit sahaja bagi mengecas bateri dari 5% kepada 80%

Motor elektrik yang digunakan oleh Volkswagen ID 3 mampu menghasilkan 148 kuasa kuda dan 310Nm tork. Dari segi prestasi kereta elektrik ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 8.9 saat sambil mengeluarkan bunyi seperti penyedut hampagas di rumah anda. Halaju maksima pula ialah 160km/j.

Varian termurah iaitu City Trim datang dengan skrin multimedia 10 inci, sistem arahan suara, sambungan telefon tanpa wayar, Lane Keep Assist, sistem amaran pra-perlanggaran termasuk keupyaan mengesan pejalan kaki, sistem Adaptive Auto Cruise, Lampu LED di depan dan juga belakang

Bagi varian Pure Performance, tambahan aksesori termasuklah rim aloi 18 inci, lapmpe depan LED Matrix, 30 pilihan warna lampu kabin dan sistem penyaman udara 2 zon. Agak-agak kalau dibawa masuk ke Malaysia dengan pilihan CKD, boleh dapat tak bawah RM 100,000?

Google ads
"
"
Back to top button