Buletin

VOLKSWAGEN PERKENAL KOLEKSI EDISI TERHAD “FUREVER IN STYLE” UNTUK SI BULUS

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) terus mengukuhkan imej jenamanya sebagai peneraju gaya hidup automotif dengan memperkenalkan koleksi edisi terhad, Volkswagen Pet Collection: Furever in Style.

Koleksi eksklusif ini memberi penghormatan kepada hubungan istimewa antara pemilik kenderaan dan haiwan peliharaan mereka, dengan rekaan yang menekankan aspek gaya, keselesaan serta fungsi.

Antara barangan yang ditawarkan termasuklah abah-abah (harness) (RM47.90 – RM57.80), singlet untuk kucing dan anjing (RM68.90 setiap satu), topi kucing dan anjing (RM55.30), bib (RM27.00), tali (RM50.40 – RM52.90), kolar (RM33.10 – RM40.50), stoking merah jambu dan turquoise (RM27.00 setiap pasang), serta bekas air boleh lipat (RM23.30).

Lebih menarik, terdapat juga stoking sedondon untuk pemilik agar gaya dapat dikongsi bersama.

Menurut VPCM, koleksi ini bukan sekadar aksesori, sebaliknya ia melambangkan momen kebersamaan yang tercipta dalam setiap perjalanan.

Produk dalam koleksi Furever in Style boleh didapati di pengedar sah terpilih iaitu Volkswagen Glenmarie, Volkswagen Puchong, Volkswagen Sungai Petani dan Volkswagen Alor Setar, dalam tempoh masa terhad.

Bagi mendekati komuniti pemilik haiwan peliharaan, Volkswagen juga akan menyertai acara Pet Adoption Drive di Jaya One pada 21 dan 22 September ini.

Pelanggan yang membeli mana-mana barangan koleksi berkenaan berpeluang menikmati sesi fotografi profesional bersama haiwan kesayangan mereka di lokasi acara.

Maklumat lanjut berhubung koleksi ini boleh diperoleh di laman web rasmi Volkswagen Malaysia: www.volkswagen.com.my/furever-in-style.

GALERI:

Google ads
Back to top button