Buletin

ALKISAH PENGGABUNGAN DIANTARA SKODA DAN LAURIN & KLEMENT UNTUK MEMBENTUK SKODA AUTO 100 TAHUN YANG LALU

Kira – kira seratus tahun yang lalu, syarikat Laurin & Klement yang berpangkalan di Mladá Boleslav meraikan ulang tahunnya yang ke-30 dan 20 tahun pengeluaran kereta. Namun pada tahun yang sama 1925 syarikat ini telah pun bergabung dengan kumpulan perindustrian dan persenjataan Škoda Works.

Dibawah jenama Skoda, rakan kongsi strategik yang kukuh itu telah melancarkan program pelaburan yang bercita-cita tinggi, memperkenalkan pengeluaran barisan pemasangan, memindahkan teknologi termaju, melancarkan gelombang model baharu dan mengukuhkan kedudukan jenama di dalam dan luar negara sehingga ke hari ini.

Dan semenjak dari tu model teratas dan terkenal Škoda telah berterusan memberikan suatu DNA terhadap asal usul Laurin & Klement. Falsafah Laurin dan Klement – dibina berdasarkan inovasi, ketepatan dan semangat untuk mobiliti – kekal sebagai sebahagian daripada DNA jenama mereka.

Asalnya Skoda Works terlebih dahulu dimulaka pada tahun 1859 dengan menjadi konglomerat terbesar Eropah ketika itu. Pada tahun 1920-an, kedua-dua syarikat menghadapi kesukaran ekonomi berikutan Perang Dunia Pertama dan kejatuhan pasaran tradisional. Pada tahun 1924, kebakaran yang dahsyat merosakkan lagi kilang L&K di Mladá Boleslav. Oleh itu, Václav Laurin dan Václav Klement memutuskan untuk mencari rakan kongsi strategik yang kukuh.

Pada 20 Julai 1925, mesyuarat agung kedua-dua syarikat meluluskan penggabungan, dengan pertukaran saham pada nisbah 2:1 (L&K/Škoda). Tarikh penentu datang pada 12 September 1925, apabila Kementerian Dalam Negeri memberikan kelulusannya. Laurin & Klement telah dikeluarkan secara rasmi daripada Daftar Komersial pada 29 Disember, tetapi logo tradisionalnya terus muncul bersama nama Škoda pada model yang diperkenalkan sehingga Ogos 1925.

Walaupun Laurin & Klement telah dikeluarkan secara rasmi daripada Daftar Komersial sebagai pengeluar bebas, hak ke atas jenama lagenda itu – termasuk logo Art Nouveau ikoniknya masih kekal menjadi milik Škoda Auto. Pelanggan boleh menemuinya pada tahap kemasan tertinggi Škoda, tradisi yang bermula pada tahun 1995 dengan Škoda Felicia Laurin & Klement, menampilkan upholsteri kulit, cat biru tua kesan mutiara, roda aloi gaya retro 13 inci dan banyak lagi.

Malah sebagai mengenang, juga terdapat kompleks pejabat baharu yang dinamakan Laurin & Klement Kampus.

Dan kini, Skoda Auto dengan tenaga kerja global sekitar 40,000, telah menghantar lebih daripada 926,000 kenderaan kepada pelanggan di seluruh dunia menjadikannya sebagai sebuah jenama automotif global yang berjaya di bawah naungan Kumpulan Volkswagen.

BACA :IMAGINASI TENTANG MODEL ASAL SLAVIA B SEBAGAI CAFE RACER DIHASILKAN SEMULA OLEH SKODA AUTO

BACA : SKODA AUTO BEKERJASAMA BERSAMA PASUKAN CHELSEA WOMAN

Google ads

B K

Back to top button