
VOLKSWAGEN TIGUAN R KE 10,000 – MILIK LELAKI BRITAN DAN DISERAHKAN PENUH SIMBOLIK
Model SUV daripada Volkswagen, Tiguan R ini sememangnya cukup popular di serata dunia, tidak terkecuali di Malaysia. Sedangkan model standard Tiguan ini pun sudah cukup untuk menarik perhatian anak muda, apatah lagi jika ianya didatangkan dengan lencana R, bagi membuktikan bahawa ini adalah sebuah SUV yang lawa dan berprestasi
Dan tahukah Volkswagen Tiguan R ini telah terjual sejumlah 10,000 unit di serata dunia? Punyalah laku. Menariknya, unit ke 10,000 Volkgswagen Tiguan R tersebut menjadi milik seorang lelaki Britain.
Pekerja British Airways yang telah bersara, Trevor Godfrey, 65 tahun lebih daripada sedikit terkejut apabila SA tempat beliau membeli model tersebut di Marshall Volkswagen Gatwick, menelefon untuk mengatakan bahawa beliau telah membeli Tiguan R yang ke-10,000. Tetapi kejutan itu bertukar menjadi kegembiraan semata-mata apabila dia mengetahuinya, bahawa lokasi pengambilan Volkswagen Tiguan R baharu beliau bakal berlangsung di Brands Hatch, sebuah liter lagenda yang pernah menganjurkan perlumbaan Grand Prix Formula 1 dari tahun 1964 hingga ke tahun 1986.
“Saya peminat tegar Formula Satu, jadi ini sesuai untuk saya,” kata Trevor Godfrey. “Berapa ramai orang boleh mengatakan bahawa tempat pertama mereka memandu kereta baharu mereka ialah Brands Hatch?”, ujar beliau lagi

Selesai sesi upacara serahan Volkswagen Tiguan R di lorong pit litar perlumbaan, Trevor Godfrey telah diberi peluang untuk menuju ke litar perlumbaan dengan Tiguan R yang hampir serupa. Selepas beberapa pusingan awal sebagai penumpang bersama seorang pemandu profesional, beliau telah berpeluang untuk memegang stereng untuk untuk merasai sendiri mengalami pengalaman pemanduan Tiguan R di litar Brands Hatch.

Peter Jost, Ketua Pemasaran dan Jualan untuk Volkswagen R turut, berada di Brands Hatch untuk bersama – sama meraihkan peristiwa yang penting ini disamping menyampaikan cenderhati kepada Trevor Godfrey termasuklah key chain istimewa yang diukir khas.
Pemilihan Brands Hatch sebagai lokasi penyerahan model dalam Keluarga R ini sebenarnya agak ironi juga. Selain daripada pemilik berpeluang untuk menguji terus kemampuan model yang agak popular di United Kingdom ini, litar ini juga sebenarnya menjadi lokasi buat Volkswagen untuk menguji model R mereka.
Dan buat Trevor Godfrey, ianya boleh dianggap sebagai peminat Volkswagen apabila sebelum ini turut memiliki model Touareg sebelum memutuskan untuk menempah Tiguan R ini.
BACA : VOLKSWAGEN TIGUAN ALLSPACE HIGHLINE. SUV 7 TEMPAT DUDUK YANG SEMPURNA UNTUK ANDA



