
VOLKSWAGEN TOUAREG FINAL EDITION – EDISI TERAHIR SEBELUM DIGANTIKAN DENGAN GENERASI KEEMPAT
Tidak dapat dinafikan, model SUV premium Volkswagen Tuoareg ini antara merupakan model yang popular dan laku di seluruh dunia semenjak ianya mula diperkenalkan bermula pada tahun 2002.
Dan bagi mengenang jasa dan budi SUV premium yang popular ini dengan dijangkakan produksi akhir untuk Volkswagen Touareg di UK akan tamat pada tahun 2027 nanti.

Untuk rekod, Volkswagen mula masuki segmen SUV premium dengan model Touareg ini pada 23 tahun yang lalu dengan sebuah model dipenuhi ciri keselesaan dan teknologi tinggi yang turut disertai dengan pengenalan model salon Volkswagen Phaeton.
Ianya dianggap sebagai perintis untuk Volkswagen ketika mula memasuki segmen kenderaan SUV / off-road pertama untuk mereka yang terus merubah bahawa mereka juga rupanya boleh berjaya menjual dalam segmen ini dengan sejumlah 1.2 juta unit model Touareg ini telah terjual merangkumi tiga generasi setakat ini, suatu jumlah rekod jualan yang boleh dibanggakan.

Volkswagen Touareg Final Edition ini akan menampilkan elemen reka bentuk eksklusif di dalam dan di luar. Semua barisan peralatan akan menampilkan tulisan FINAL EDITION yang diukir menggunakan laser pada bingkai tingkap pintu belakang dan kemasan timbul pada kulit tombol gear. Pencahayaan ambien berbilang warna disediakan secara standard dalam barisan peralatan Black Edition dan ke atas; label ini juga muncul pada trim panel papan pemuka yang bercahaya dan pada acuan panel ambang yang bercahaya.
Sedikit sejarah untuk diimbas, ketika generasi pertama mula diperkenalkan ianya menerima sambutan yang cukup baik, dengan kemewahan serta kemampuan untuk menempuk permukaan off-road. Sejumlah 471,000 unit terjual untuk generasi pertama ketika produksinya pada tahun 2002 hingga ke tahun 2009.

Generasi kedua pula meneruskan kesinambungan Touareg bermula tahun 2010 sehingga ke tahun 2018 dengan sejumlah 483,000 unit terjual meliputi juga varian hibrid.
Selain terkenal dengan kemegahannya di atas jalanraya, Volkswagen Touareg ini juga sebenarnya terbukti ketahanannya apabila turut beraksi dalam perlumbaan Rali Dakar dengan mendominasi saingan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 melalui pemandu handalan membabitkan Giniel de Villiers, Carlos Sainz dan Nasser Al-Attiyah.
BACA : VOLKSWAGEN TOUAREG BAKAL DITAMATKAN – PENAMAT BAGI ERA SUV PREMIUM JERMAN?
BACA : KAYA TAPI TAK SUKA MENUNJUK? BELI VW TOUAREG R-LINE 2024


