Buletin

ALFA ROMEO TONALE 2025 – TAMPIL LEBIH ELEGAN DAN BERGAYA

Pengeluar kereta dari Itali, Alfa Romeo telah memberikan kemaskini terhadap model SUV kompak pertama mereka dalam segmen C, Alfa Romeo Tonale agar terus tampil segar untuk terus bersaing dengan model dalam sekelasnya.

Asalnya Alfa Romeo Tonale ini mula diperkenalkan secara global pada tahun 2022 dengan menampilkan rekaan sebuah SUV sporty tetapi kekal dengan DNA Alfa Romeo yang cukup mudah untuk dikenali pada bahagian fascia hadapannya.

Kini di bahagian depan, Alfa Romeo Tonale yang telah diperbaharui menerima rupa yang lebih ekspresif yang berpusat di sekitar lencana cekung tiga dimensi, yang diilhamkan daripada model Alfa Romeo 33 Stradale dan GT 2000.

Rekaan gril kali ini telah diberikan sedikit sentuhan untuk menekan ciri horizontol manakala rekaan bahagian bawah bampar juga telah direka semula untuk memberikan bukaan yang lebih besar. Dengan ciri overhang yang lebih pendek mungkin memberikan sedikit ilusi bahawa rekaan panjangnya lebih pendek tetapi dengan rekaan yang lebih lebar memberikan visual yang lebih seimbang dari hadapan dengan ditambah rekaan lampu LED 3+3 yang memberikan pencahayaan yang lebih jelas.

Rekaan roda aloi baharu Stile 19 inci dan juga Fori 20 inci menyerlahkan lagi rupa luaran yang sudah sedia lawa ini.

Emblem juga telah diubah kepada warna hitam dan putih menggantikan warna merah sebelumnya serta terdapat perkataan TONALE berwarna hitam pada bahagian belakang. Bahagian bawah bampar belakang juga diberikan sedikit kemasan terkini dengan kemasan berwarna silver serta corong ekzos berkembar yang menyerlahkan rupa garang Alfa Romoe Tonale ini.

Bahagian dalam SUV ini menampilkan ciri yang lebih ekslusif seperti balutan tempat dudul Alcantara serta mempunyai tenunan beralun. Tempat duduk ini juga dilengkapi dengan fungsi sokongan lumbar elektrik empat hala dan juga fungsi pemanasan serta pengudaraan. Tambahan ciri lampu ambien boleh didapati untuk varian Sport Speciale untuk lebih elegan.

Fungsi tempat letak kereta separa automatik dan ADAS pakej 2 mungkin sudah menjadi kebiasaan tapi ciri kitaran semula udara mungkin akan memberikan lebih rasa yang lebih tenang untuk menghirup udara yang lebih nyaman.

Untuk trenkuasa, Alfa Romeo Tonale baru ini akan menawarkan beberapa pilihan enjin petrol, diesel, hibrid dan juga plug-in hybrid dengan tawaran kuasa berbeza diantara 130 HP dan 270 HP. Dan varian tertinggi untuk Tonale ini adalah Q4 dengan pacuan semua roda elektrik bersama transmisi automatik enam kelajuan.

BACA : ALFA ROMEO MILANO – SUV KOMPAK BANDAR BAHARU UNTUK SI MUDA BELIA

BACA : ALFA ROMEO GIULIA QUADRIFOGLIO – SEDAN PERANG DARI ITALI !

Google ads

B K

Back to top button