Buletin

VOLSKWAGEN ID.UNYX – DI CHINA UNTUK CHINA

Sebagai sebahagian daripada strategi ‘Di China, Untuk China’, pengeluar kenderaan terkemuka dari Jeman, Volkswagen memfokuskan penawaran produknya untuk lebih mencerminkan keperluan pelanggan di China khususnya. Dan Volkswagen memperkenalkan model baharu daripada sub-jenama mereka, ID.Unyx yang merupakan sebuah SUV Coupe elektrik sepenuhnya.

Model ID.Unyx ini disasarkan di pasaran China merupakan hasil daripada pembangunan berperingkat terkini rangkaian model pintar daripada Volkswagen. Secara teorinya ID.Unyx ini disasarkan untuk memenuhi keperluan teknikal dan gaya hidup pelanggan muda di bandar metropolis China. Sebanyak 40 unit pusat jualan eksklusif meliputi 20 bandar di China yang boleh dikunjungi bagi mendapatkan pengalaman kenderaan yang moden dan canggih ini.

ID.Unyx telah dihasilkan di pusat inovasi dan pembangunan baharu Volkswagen di Hefei, timur China. Lokasi ini tertumpu secara eksklusif untuk membangunkan kenderaan elektrik pintar generasi terkini untuk pasaran tempatan yang juga merupakan salah satu pusat pengeluaran kenderaan elektrik paling maju untuk Kumpulan Volkswagen.

SUV Coupe ini dibina berdasarkan platform MEB milik Volkswagen, diposisikan sebagai SUV bersaiz kompak, dengan ukuran 4663/1860/1610 mm serta memiliki dengan jarak roda 2766 mm. Walau pun bersaiz kompak namun ianya masih berupaya membawa sehingga lima penumpang tanpa masalah.

Varian permulaan untuk ID.Unyx ini akan dikuasakan oleh motor pemacu elektrik 210 kW (286 PS) pada gandar belakang dengan menggunakan bateri 77 kWj yang berupaya membawa SUV ini sehingga ke jarak 621 km. Turut ditawarkan versi pacuan semua roda dengan dua motor pemacu elektrik dengan kuasa maksimum 250 kW (340 PS).

Selain daripada ID.Unyx ini, Kumpulan Volskwagen juga merancang untuk mengeluarkan empat lagi produk di bawah sub-jenama mereka ini dalam tempoh tiga tahun mendatang meliputi model sedan dan juga SUV.

Dengan usaha ini akan mengukuhkan lagi kedudukan jenama Kumpulan Volkswagen sebagai jenama antarabangsa paling berjaya di pasaran China. Dengan usaha sama yang telah lama wujud seperti SAIC Volkswagen dan FAW-Volkswagen serta Volkswagen Smart E-Mobility Hub.

Dengan reka bentuk yang tampak cukup moden dan sedikit elemen futuristik seperti lampu utama LED dengan fungsi Matrix, skrin terapung bersaiz 15 inci di bahagian kabin dan lain lain ciri keselamatan moden, tentu tidak sukar untuk menarik perhatian pembeli muda di sana.

BACA : VOLKSWAGEN ID BUZZ GTX DIPERKENALKAN

BACA : VOLKSWAGEN ID CODE CONCEPT – MASA DEPAN VOLKSWAGEN YANG SEMAKIN CERAH DI CHINA

Google ads

B K

Back to top button