Buletin

VOLVO XC90 T8 TWIN ENGINE – RM453,888!

Volvo Car Malaysia (VCM) baru sahaja memperkenalkan model SUV paling menarik keluarannya, Volvo XC90 T8 Twin Engine serba baharu ke pasaran tempatan.

volvo-xc90-malaysia-press-pics-001 (3)

XC90 merupakan model Volvo pertama yang dibina di atas teknologi chasis modular Scalable Product Architecture (SPA). SPA adalah sebahagian daripada strategi Volvo-oleh-Volvo dan membentuk asas kepada pelan transformasi syarikat tersebut berjumlah AS$11 bilion (RM46 bilion) sejak lima tahun lalu.

Seni bina modular baharu itu membolehkan Volvo mengekalkan atau menambah baik ciri-ciri keselamatan tanpa perlu berkompromi dari segi reka bentuk, saiz atau berat.

volvo-xc90-malaysia-press-pics-001 (2)

Untuk permulaan, sebanyak 100 unit SUV premium tujuh tempat duduk itu dibawa masuk dalam bentuk CBU. Namun, semuanya sudah habis terjual. VCM dijangka memulakan proses pemasangan tempatan (CKD) pada tahun depan.

Memandangkan ini adalah jentera berteknologi tinggi, VCM telah melabur sebanyak RM25 juta untuk membolehkannya menghasilkan Volvo XC90 T8 Twin Engine serta model-model baharu pada masa depan.

volvo-xc90-malaysia-press-pics-001 (6)

“Kami berusaha keras untuk memastikan sasaran kandungan tempatan sebanyak 40 peratus dapat dicapai. Keputusan kami untuk membawa varian T8 Twin Engine didorong oleh cita-cita kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di  ASEAN,” kata Pengarah Urusan VCM, Keith Schäfer.

Dengan pengenalan model-model generasi dan terteknologi baharu seperti ini, VCM meletakkan sasaran untuk menjual 3,000 unit kenderaannya menjelang tahun 2020.

volvo-xc90-malaysia-press-pics-001 (12)

Volvo XC90 T8 Twin Engine dibangunkan dengan kos AS$2bilion (RM8.5 bilion). Justeru, pastinya ia dilengkapi teknologi-teknologi keselamatan dan dikuasakan oleh rangkaian plug-in hibrid yang termaju.

T8 Twin Engine ialah rangkaian paling berkuasa yang ditawarkan untuk platform SPA. T8 Twin Engine menggabungkan enjin petrol empat silinder dan sebuah motor elektrik yang mampu menjana kuasa mencecah 407hp dan tork 640Nm!

volvo-xc90-malaysia-press-pics-001 (10)

Pada masa yang sama dapat menawarkan gabungan penggunaan bahan api 2.1l/100km dan emisi CO2 serendah 49g/km. Dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan, Volvo XC90 T8 Twin Engine berupaya memecut dari sifar ke 100km/j dalam masa hanya 5.6 saat.

Pakej keselamatan standard untuk XC90 T8 Twin Engine pula merangkumi dua teknologi keselamatan yang pertama di dunia iaitu pakej perlindungan laluan run-off dan brek automatik di simpang jalan.

volvo-xc90-malaysia-press-pics-001 (7)

Inovasi-inovasi ini akan membentuk sebahagian daripada rangkaian ciri keselamatan yang akan menjadikan XC90 T8 Twin Engine  sebagai sebuah kenderaan paling selamat pernah dihasilkan.

Bagi menambah tarikan model baharu ini, VCM turut menawarkan pakej-pakej aksesori seperti Thor Package (RM21,800) dan Oden Package(RM19,644). Ia melibatkan komponen-komponen seperti skid  plate bampar hadapan/belakang, bodykit sisi, rim aloi dan banyak lagi.

volvo-xc90-malaysia-press-pics-001 (11)

Pelanggan juga boleh membeli aksesori secara berasingan. Antara yang ditawarkan ialah Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (RM1,380), karpet ruang kargo (RM1,283), tempat duduk kanak-kanak (RM2,284) dan sebagainya.

Harga runcit yang dicadangkan untuk XC90 T8 Twin Engine ialah RM453,888.00 (di atas jalan tanpa insurans, termasuk enam peratus GST). Ia hadir bersama jaminan selama lima tahun (termasuk bateri). Manakala selang servisnya adalah setiap 20,000km.

volvo-xc90-malaysia-press-pics-001 (5)

Dengan pakej lengkap yang dimilikiya, XC90 T8 Twin Engine dilihat dapat menggugat tawaran SUV premium sedia ada di pasaran tempatan.

Google ads
Back to top button