Buletin

PUSAT SERVIS AUDI RM2.3 JUTA

Euromobil Sdn. Bhd. (Euromobil),  anak syarikat Kumpulan DRB-Hicom melancarkan Pusat Servis Audi Kuala Lumpur di Jalan Chan Sow Lin, Cheras.

5

Pusat servis berkenaan menawarkan kapasiti lebih besar berbanding kemudahan terdahulu. Pusat servis Audi berkeluasan 34, 272 kaki persegi itu merangkumi 26 ruang servis.

Euromobil telah melabur sebanyak RM2.3 juta bagi pembukaan pusat servis berkenaan. Seiring dengan matlamatnya yang memfokuskan kepada kualiti berbanding kuantiti jualan kenderaan.

7

Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata pembangunan pusat servis dapat mengukuhkan lagi kedudukan Euromobil dalam industri automotif.

“Euromobil telah melabur sebanyak RM11 juta dalam membangunkan rangkaian pusat servis di Malaysia bagi menawarkan pengalaman pemilikan dan perkhidmatan penyelenggaraan berkualiti dan terbaik.

2

“Pembukaan Audi Kuala Lumpur juga dapat meningkatkan bilangan servis daripada 2,500 setahun kepada lebih 11,000 servis setahun,’’ katanya.

Pusat servis Audi berkenaan juga berfungsi sebagai hub latihan teknikal, menyediakan sokongan kepada lima cawangan Euromobil di seluruh negara dan menyokong peranan pusat latihan sedia ada di Glenmarie, Shah Alam.

3

Pusat Servis Audi Kuala Lumpur sudahpun memulakan operasinya September lalu dengan 47 perunding servis dan juruteknik terlatih.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button