Buletin

VCM PERKENAL RANGKAIAN KUASA PHEV BAHARU. 462HP, JARAK EV SEHINGGA 90KM SEKALI CAJ

Volvo Car Malaysia (VCM) memperkenalkan rangkaian kuasa model plug-in hybrid (PHEV) untuk semua Recharge T8 bagi menawarkan jarak elektrik lebih jauh, selain prestasi dan pengendalian lebih baik.  

Penambahbaikan itu merangkumi: 

  • Bateri berkapasiti 18.8kWh darioada 11.6kWh sebelum ini
  • Motor elektrik baharu di bahagian belakang berkuasa 145hp (sebelum ini 88hp)
  • Peningkatan jarak sehingga 90km daripada 40-49km 
  • Prestasi CO2 lebih baik
  • Peningkatan kuasa keseluruhan kepada 462hp (sebelum ini 407hp

Ciri-ciri baharu itu membolehkan pelanggan memandu dalam kuasa elektrik sepenuhnya dalam jarak lebih jauh, sekali gus dapat menjimatkan penggunaan bahan api. 

Dibina berasaskan kepada Scalable Product Architecture (SPA), rangkaian kuasa baharu itu akan dipasang pada semua model PHEV Volvo iaitu Volvo XC90, S90, XC60, S60 dan V60. Lebih menarik lagi, model XC60 dan S90 PHEV akan dilengkapi sistem One-Pedal Drive untuk pemanduan yang lebih lancar. 

Digunakan pada kereta elektrik Volvo, fungsi itu menawarkan proses janaan semula bateri yang lebih baik, seterusnya menambah baik aspek penjimatan. 

Selain pengenalan rangkaian kuasa ini, VCM juga akan menyemak semula harga untuk semua kenderaannya bermula 1 Mei 2022. Perubahan harga akan bermula dengan model sedia ada seperti XC40 T5, XC40 Recharge T5, XC60 B5 dan XC90 B5. 

Sementara model terkini untuk siri 90 dan 60 akan dijual pada harga baharu apabila dilancarkan kelak. Buat masa sekarang, harga untuk model-model Recharge T8 adalah kekal dan dijual sehingga stok terakhir.  

Google ads
Back to top button