" "
Buletin

VOLVO S60 T6 TERIMA STATUS EEV – KINI RM238,888!

Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini mengumumkan bahawa sedan S60 T6 yang dilengkapi rangkaian kuasa Drive-E telah menerima status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Dengan status itu, S60 T6 bakal menerima penurunan harga seperti berikut:

Model Harga Runcit* Harga dengan insenstif EEV*
S60 T6 RM280,888 RM238,888

* di atas jalan dengan 6% GSTm tidak termasuk insurans

Volvo-S60-T6-EEV-2016-mekanika (6)

Status EEV yang diberikan kepada S60 T6 menjadi bukti keupayaan rangkaian kuasa Drive-E Volvo.

“Teknologi Drive-E menjanjikan prestasi terbaik tanpa perlu berkompromi dengan aspek penjimatan bahan api, emisi dan menawarkan pengalaman pemanduan yang luar biasa. Dengan menggunakan teknologi pendesak paling canggih, kami mampu mendapatkan yang terbaik daripada enjin ini,” kata Pengarah Urusan VCM, Lennart Stegland.

Volvo-S60-T6-EEV-2016-mekanika (4)

S60 T6 menawarkan prestasi terbaik dalam kelasnya. Ia mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 5.9 saat sahaja. Semua ini dapat dicapai dengan menggunakan kombinasi super dan turbocharger yang menawarkan jumlah tork secukupnya pada julat prestasi yang luas.

Enjin T6 berupaya menjana 306hp @ 5,600rpm dan tork maksimum 400Nm @ 2,100 – 4,800rpm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi transmisi automatik lapan kelajuan dengan dua gear overdrive untuk menjimatkan bahan api ketika bergerak pada kelajuan setara.

Volvo-S60-T6-EEV-2016-mekanika (3)

Kombinasi teknologi itu membolehkan S60 T6 mencatat penggunaan minyak hanya 6.7 liter/100km (kitaran NEDC).

Harga baru berkuat-kuasa mulai hari ini.

Google ads
Back to top button