Buletin

VOSSEN HASILKAN RIM BAHARU UNTUK BUGATTI CHIRON – HARGA BERMULA RM24K JER SATU SET

Pengeluar rim mewah dan berprestasi tinggi yang terkenal, Vossen baru sahaja memperkenalkan rim terkini untuk Bugatti Chiron.

Dikenali sebagai Vossen LC2-C1, rim tempaan itu menampilkan rekaan corak lima jejari dengan lubang-lubang di bahagian atasnya. Dengan kemasan brushed dan berkilat, rim ini memang sesuai untuk jentera hypercar seperti Chiron.

Menurut Vossen, sebelum dipasang pada Chiron, rim tersebut menerima kemasan terakhir iaitu Light Smoke yang menggantikan logo Bugatti.

BACA: CRISTIANO RONALDO MELARAM DENGAN KERETA BAHARU – BUGATTI CHIRON BERHARGA RM10.9 JUTA 

Dibalut dengan tayar Pirelli P Zero, rim itu bagaimanapun tidaklah eksklusif kepada Chiron sahaja. Ini kerana ia ditawarkan dalam saiz 19 hingga 24 inci dalam pelbagai saiz dan kemasan.

Pelanggan boleh membeli rim ini pada harga bermula AS$6,000 (RM24,000) untuk set asas, tidak termasuk tayar. Kalau mampu beli Chiron yang berharga sekitar AS$3 juta (RM12 juta), apalah sangat harga rim macam ni.

Chiron merupakan model terkini daripada Bugatti, ia dikuasakan oleh enjin quad-turbo Q16 yang mampu menjana 1,500PS.

Tags
Google ads
Back to top button