Buletin

VW MULA JUAL UP! GTI DI JERMAN – RM81,730 SEUNIT

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Volkswagen telah memulakan jualan model hatchback berprestasi tinggi paling kecil keluarannya, Up! GTI  pada harga bermula €16,975 (RM81,730) seunit.

Harga itu adalah €7,000 (RM33,700) lebih mahal berbanding model asas Up! dan murah hanya €1,100 (RM53,000) berbanding Golf.   

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Up! GTI menggunakan enjin petrol TSI 1.0 liter berkuasa 115PS dan 200Nm tork. Kuasa itu membolehkannya memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 8.8 saat dengan kelajuan maksimum 196km/j.

Dari segi penggunaan bahan api pula, Volkswagen mendakwa Up! GTI menggunakan sekitar 5.6-5.7 l/100 km setelah dinilai berdasarkan kepada Prosedur Ujian Kenderaan Tugas Ringan Dunia (WLTP). 

Pengguna boleh mengenali model ini dengan pantas menerusi beberapa bentuk penambahbaikan.

Antaranya ialah jalur merah pada gril radiator dengan rekaan sarang lebah, dua jalur warna hitam di bahagian belakang, kemasan berkilat pada perumah cermin sisi, garis merah pada pintu belakang, spoiler belakang lebih besar, rim aloi bersaiz 17 inci serta 15mm lebih rendah.

Di ruang kabin, jentera itu dilengkapi stereng sport, tuil gear GTI dan tempat duduk dibalut fabrik ‘Clark’.

Selain warna merah dan putih yang dikenali sebagai warna klasik untuk GTI, Up! GTI juga didatangkan dalam warna perak gelap dan hitam mutiara.

Tags
Google ads
Back to top button